Jalan Negeri Kedah K683

Jalan Negeri Kedah K683
Jalan Pintasan Gurun
Jalan Pintas Gurun
Map
Laluan K683 dilabelkan dengan warna merah.
Outer Ring Road 1 - panoramio.jpg
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda
Panjang4.30 km[1] (2.67 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Pulau Chengai
Persimpangan utama LP 175 Jalan Gurun–Kepala Batas
LP 1 Jalan Butterworth–Alor Setar
Hujung selatanPerwaja
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Pintasan Gurun (Laluan Negeri Kedah K683) ialah jalan pintasan berstatus jalan negeri yang terletak di utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3]

Gambaran keseluruhan

Jalan Pintasan Gurun diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 4.30 kilometer (2.7 bt).[1] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Pintasan Gurun ialah jalan raya berkembar.[4]

Permulaan laluan ini terletak berhampiran dengan Kampung Pulau Chengai, di persimpangannya dengan Jalan Gurun–Kepala Batas (Laluan Persekutuan 175).[5] Laluan ini akan menuju ke selatan melalui kawasan perladangan. Kira-kira 3.3 kilometer (2.1 bt) di hadapan, laluan ini akan bersilang dengan jalan masuk ke kilang Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS). Laluan dilanjutkan hingga di penghujung selatan berdekatan dengan Perwaja, ia bersimpang dengan Jalan Butterworth-Alor Setar (Laluan Persekutuan 1), jalan raya utama utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia.[4][5][6]

Persimpangan utama

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4][6]DestinasiCatatan
Kampung Pulau Chengai0.50 LP 175 FT175 — Gurun, Jeniang, Sungai Petani, Bukit Kayu HitamPenghujung utara
Kampung Kilang Ketapan3.30Kilang Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. BhdSimpang tiga
Perwaja Steel4.30 LP 1 FT1Kuala Lumpur, Butterworth, Tikam BatuPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 8 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  3. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 2022-02-20.
  6. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K683" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar