Jalan Negeri Kedah K284 (Jalan Tok Kesop–Jitra atau dikenali Jalan Kampung Aman) ialah jalan negeri biasa dan pendek yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K284 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.654 kilometer (0.4 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Tok Kesop di utara dengan Kampung Padang di selatan.[3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Negeri K284 bermula sebagai kilometer sifar, di simpang tiga Jalan Negeri K285 (Jalan Tok Kesop), di kawasan perkampungan Kampung Tok Kesop, berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Jitra 2. Permulaan jajaran K284 terletak dalam kawasan Mukim Jitra, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. Di Kampung Tok Kesop, K284 melalui kawasan penanaman sawah padi dan bersimpang dengan beberapa Jalan Perhubungan Desa (JPD) atau dikenali sebagai jalan kampung, iaitu Jalan Haji Hussien dan Lorong Haji Ahmad. Selepas melepasi simpang kecil Lorong Haji Ahmad, K284 akan menjadi jalan raya kembar sehingga di terminal timurnya. Lalu, bersimpang empat dengan Jalan PJ 7 dan jalan akses ke Lotus's Jitra dan Jitra Mall. K284 melalui kawasan perniagaan Pekan Jitra 2 dan3, lalu tamat di simpang tiga Jalan Persekutuan 1 (Jalan Jitra), berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra.[3][4]
Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K284 yang diwartakan terletak dalam Mukim Jitra, iaitu salah satu mukim di Daerah Kubang Pasu. K284 juga merupakan jalan raya tunggal dua lorong dari Kampung Tok Kesop–simpang Lorong Haji Ahmad dan jalan raya kembar empat lorong dari simpang Lorong Haji Ahmad–simpang FT1 dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K284 dikenali sebagai Jalan Tok Kesop/Jitra dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]
Senarai persimpangan
Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|