Jalan Negeri Kedah K605 (Jalan Gurun–Batu Hampar atau Jalan Batu Hampar) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K605 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.99 kilometer (0.6 bt),[1] menghubungkan Ladang Ban Ee Seng di barat dengan Bandar Gurun di timur dengan melalui kawasan Kampung Sungai Badak.[3][4]
Gambaran keseluruhan
Dari penghujung timur di Bandar Gurun, Jalan Negeri Kedah K605 bermula di persimpangannya dengan Jalan Butterworth–Alor Setar FT1, jalan raya utama di tengah Semenanjung Malaysia, berdekatan dengan Stesen keretapi Gurun. Ia akan menuju ke barat melalui kawasan perkampungan dan akan melintasi sebatang sungai bernama Sungai Gurun, yang berasal dari Gunung Jerai. Di Kampung Sungai Badak, berhampiran dengan Homestay Kampung Sungai Badak, Jalan Batu Hampar K605 akan bersilang tiga dengan Jalan Gurun Jaya K662, kira-kira 0.60 kilometer (0.4 bt) dari penghujung timur. Bermula dari sini, jalan K605 akan melalui kawasan petempatan yang agak sunyi. Sebelum K605 berakhir, ia akan bersimpang dengan Jalan Pekan Atap K606 di timur Ladang Ban Ee Seng. Jajaran K601 akan berakhir di ladang tersebut, dengan jalan mati.[4][5] Secara keseluruhan, Jalan Batu Tiga–Bukit Kuang K601 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Gurun, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[2][5]