Jalan Negeri Kedah K285 (Jalan Tok Kesop atau Jalan Tok Kesop–Kampung Padang) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K285 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.997 kilometer (0.6 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Aman di utara dengan Kampung Padang di selatan.[3]
Gambaran keseluruhan
Jalan Negeri K285 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Aman, di persimpangan Jalan Negeri K4 (Jalan Sungai Korok), hanya beberapa meter dari pusat bandar Jitra. Permulaan jajaran K286 terletak dalam kawasan Mukim Jitra, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. Hampir kesemua jajaran K285 akan melalui kawasan pertanian padi. K285 juga akan selari dengan saliran perparitan bernama Tali Air ACLBD1. Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Jitra 2, K285 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K284 (Jalan Kampung Aman), menuju ke Pekan Jitra dan Lebuhraya Utara-Selatan. K285 diteruskan ke selatan melalui kawasan penanaman sawah padi dan kawasan petempatan berselerak di Kampung Padang, lalu tamat di simpang tiga Jalan Negeri K280 (Jalan Kubang Lembu–Telok Malik), dekat estet perumahan kos rendah Taman Kenanga, dalam kawasan sempadan Mukim Jitra–Mukim Naga.[3][4]
Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K285 yang diwartakan terletak dalam Mukim Jitra, iaitu salah satu mukim di Daerah Kubang Pasu. K285 juga merupakan jalan raya tunggal utara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K285 dikenali sebagai Jalan Tok Kesop/Kampung Padang dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]
Senarai persimpangan
Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|