Jalan Permatang Pasir (Laluan Negeri Kedah K905) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.[2]
Gambaran keseluruhan
Jalan Permatang Pasir diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bandar Baharu dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.70 kilometer (1.7 bt),[1] menghubungkan Kampung Permatang Pasir di utara dengan Pekan Bandar Baharu di selatan.[3] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Permatang Pasir ialah jalan raya tunggal.[4][5]
Permulaan laluan ini terletak di Kampung Permatang Pasir, di sempadan Pulau Pinang-Kedah, bertemu dengan Jalan Bandar Baharu-Sungai Kecil (Laluan Negeri Pulau Pinang P144) . Laluan ini akan membengkok ke barat daya selepas melepasi sempadan antara dua negeri dan akan ada persimpangan kecil menuju ke perkampungan Permatang Pasir. Ia akan melalui kawasan perkampungan penduduk setempat. Sebelum jalan raya tamat di Pekan Bandar Baharu, ia bersilang dengan Jalan Bandar Baharu–Kuala Ketil (Laluan Persekutuan 136). Laluan diteruskan hingga di penghujungnya berhampiran dengan Sungai Kerian di Pekan Bandar Baharu dengan jalan mati.[3][4][5]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.
Rujukan
Pautan luar
Rangkaian sistem Jalan Negeri di Kedah |
---|
|
Laluan sedia ada | 100-199 | |
---|
200-299 | |
---|
300-399 | |
---|
400-499 | |
---|
500-599 | |
---|
600-699 | |
---|
700-799 | |
---|
800-899 | |
---|
900-999 | |
---|
|
---|
Mengikut daerah | |
---|
Penyelenggaran | |
---|
|