Bagi operasi tentera laut di kawasan Barat Daya Pasifik, termasuk Hindia Timur Belanda, Filipina, Kepulauan Solomon, dan New Guinea, lihat Kancah Pasifik Barat Daya. Untuk keseluruhan kancah ketenteraan di Asia dan Pasifik, lihat Perang Pasifik. Untuk kegunaan lain, lihat Kancah Pasifik
Sebilangan besar bala tentera Jepun di kancah tersebut adalah sebahagian daripada Armada Gabungan (連合艦隊code: ja is deprecated , Rengō Kantai)Tentera Laut Imperial Jepun (IJN), yang bertanggungjawab bagi semua kapal perang Jepun, pesawat tentera laut, dan unit-unit infantri marin. Rengō Kantai dipimpin oleh Laksamana Isoroku Yamamoto, sehingga beliau terbunuh dalam satu serangan oleh pesawat pejuang A.S. pada April 1943.[2] Yamamoto diganti oleh Laksamana Mineichi Koga (1943–44)[2] dan Laksamana Soemu Toyoda (1944–45).[3]Staf Am (参謀本部code: ja is deprecated , Sanbō Honbu)Tentera Darat Imperial Jepun (IJA) bertanggungjawab bagi unit-unit darat dan udara Tentera Darat Imperial Jepun di Asia Tenggara dan Pasifik Selatan. IJN dan IJA tidak secara formal menggunakan staf bersama/gabungan pada peringkat operasi, dan struktur pemerintahan/kawasan geografi mereka bertindih antara satu sama lain dan juga pihak Sekutu.