Tentera Darat Imperial Jepun (IJA) (Kyūjitai: 大日本帝國陸軍, Shinjitai: 大日本帝国陸軍code: ja is deprecated , Romaji: Dai-Nippon Teikoku Rikugun), atau secara harfiahnya Tentera Darat Empayar Jepun Raya adalah nama rasmi angkatan tentera darat dalam Empayar Jepun bermula pada tahun 1871 sehingga 1945. Ia dikawal oleh Ketua Turus Am Tentera Darat Imperial Jepun dan Kementerian Perang Jepun, kedua-duanya adalah tertakluk di bawah perintah Maharaja Jepun sebagai Pemerintah Tertinggi tentera darat dan tentera laut. Kemudian sebuah Inspektorat Jeneral Pasukan Udara, menjadi agensi ketiga dan diletakkan di bawah seliaan tentera darat. Sewaktu zaman perang atau darurat nasional,fungsi pemerintahan maharaja akan dipusatkan didalam Markas Besar Imperial, iaitu sebuah badan bertindak yang mengandungi Ketua dan Timbalan Ketua Turus Am Tentera Darat, Menteri Perang, Ketua dan Timbalan Ketua Turus Am Tentera Laut, Menteri Tentera Laut, Inspektor Jeneral Pasukan Udara dan Inspektor Jeneral Latihan.
Pada tahun 1941, Tentera Darat Imperial Jepun mempunyai 51 divisyen[1] dan pelbagai artileri kegunaan khusus, unit kavalri, unit anti-pesawat, dan unit armor dengan jumlah 1,700,000 anggota. Pada permulaan Perang Dunia II, sebahagian besar Tentera Darat Jepun (27 divisyen) ditempatkan di China. Lagi 13 divisyen mempertahankan sempadan Mongolia, kerana timbul kebimbangan akan serangan yang mungkin dilakukan oleh pihak Soviet Union.[1] Dari tahun 1942, pasukan ketumbukan telah dihantar ke Hong Kong (Tentera Darat Ke-23), Filipina (Tentera Darat Ke-14), Thailand (Tentera Darat Ke-15), Burma (Tentera Darat Ke-15), Hindia Timur Belanda (Tentera Darat Ke-16), dan Tanah Melayu (Tentera Darat Ke-25).[2] Menjelang tahun 1945, terdapat 5.5 juta askar dalam Tentera Darat Imperial Jepun.
Dari tahun 1943, tentera Jepun mengalami kekurangan bekalan, terutamanya makanan, ubat-ubatan, peluru, dan persenjataan, sebahagian besarnya disebabkan oleh pencegahan bekalan dari kapal selam Bersekutu, dan kerugian bagi kapal-kapal Jepun, yang mana diterukkan lagi oleh persaingan lama dengan Tentera Laut Imperial Jepun. Kekurangan bekalan menyebabkan sejumlah besar pesawat pejuang tidak dapat digunakan kerana kekurangan alat ganti,[3] dan "sebanyak dua pertiga daripada jumlah kematian tentera Jepun disebabkan oleh penyakit dan kebuluran".[4]
Di sepanjang Perang China-Jepun Kedua dan Perang Dunia II, Tentera Darat Imperial Jepun telah menunjukkan banyak kekejaman dan terlibat dalam pelbagai kezaliman terhadap orang awam, serta tawanan perang – dengan Pembunuhan beramai-ramai di Nanking menjadi contoh yang paling terkenal.[5] Kekejaman tersebut di sepanjang peperangan menyebabkan berjuta-juta orang maut.[6]
Galeri
Tipe 97 Chi-Ha ialah kereta kebal sederhana Jepun yang paling banyak dihasilkan semasa Perang Dunia II.
Pakaian seragam Tentera Darat antara tahun 1941 dan 1945.
Drea, Edward J. (2003). "The Imperial Japanese Army (1868–1945): Origins, Evolution, Legacy". War in the Modern World Since 1815. Routledge. ISBN0-41525-140-0.CS1 maint: ref=harv (link)
Gilmore, Allison B. (1998). You Can't Fight Tanks with Bayonets: Psychological Warfare against the Japanese Army in the South West Pacific. Lincoln, Nebraska: University of Nebraska Press. ISBN0-803-22167-3.CS1 maint: ref=harv (link)
Harries, Meirion; Harries, Susie (1994). Soldiers of the Sun: The Rise and Fall of the Imperial Japanese Army. New York: Random House. ISBN0-679-75303-6.CS1 maint: ref=harv (link)
Jaundrill, Colin D. (2016). Benjamin A. Haynes (penyunting). Samurai to Soldier: Remaking Military Service in Nineteenth-Century Japan. Melissa Haynes. Cornell University Press. ISBN1-50170-664-0.CS1 maint: ref=harv (link)
Jowett, Philip (2002). The Japanese Army 1931–45 (1). Botley, Oxford: Osprey Publishing. ISBN1-84176-353-5.CS1 maint: ref=harv (link)
Olender, Piotr (2014). Sino-Japanese Naval War 1894–1895. MMPBooks. ISBN8-36367-830-9.CS1 maint: ref=harv (link)
Ravina, Mark (2004). The Last Samurai : The Life and Battles of Saigō Takamori. John Wiley & Sons. ISBN0-471-08970-2.CS1 maint: ref=harv (link)
Bacaan lanjut
Barker, A.J. (1979) Japanese Army Handbook, 1939-1945 (London: Ian Allan, 1979)
Best, Antony. (2002) British intelligence and the Japanese challenge in Asia, 1914-1941 (Palgrave/Macmillan, 2002).
Denfeld, D. Colt. (1997) Hold the Marianas: The Japanese Defense of the Mariana Islands (White Mane Publishing Company, 1997).
Coox, A.D. (1985) Nomonhan: Japan against Russia, 1939 (Stanford UP, 1985)
Coox, A.D. (1988) "The Effectiveness of the Japanese Military Establishment in the Second World War", in A.R. Millett and W. Murray, eds, Military Effectiveness, Volume III: the Second World War (Allen & Unwin, 1988), pp. 1–44
Ford, Douglas. (2008) "'The best equipped army in Asia'?: US military intelligence and the Imperial Japanese Army before the Pacific War, 1919–1941." International journal of intelligence and counterintelligence 21.1 (2008): 86-121.
Ford, Douglas. (2009) "Dismantling the ‘Lesser Men’and ‘Supermen’ myths: US intelligence on the imperial Japanese army after the fall of the Philippines, winter 1942 to spring 1943." Intelligence and National Security 24.4 (2009): 542–573. online
Frühstück, Sabine. (2007) Uneasy warriors: Gender, memory, and popular culture in the Japanese army (Univ of California Press, 2007).
Gruhl, Werner. (2010) Imperial Japan's World War Two: 1931–1945 (Transaction Publishers).
Hayashi, Saburo; Alvin D. Coox (1959). Kogun: The Japanese Army in the Pacific War. Quantico, VA: The Marine Corps Association.
Kelman, Richard; Leo J. Daugherty (2002). Fighting Techniques of a Japanese Infantryman in World War II: Training, Techniques and Weapons. Zenith Imprint. ISBN0-7603-1145-5.
Kublin, Hyman. "The 'Modern' Army of Early Meiji Japan". The Far Eastern Quarterly, 9#1 (1949), pp. 20–41.
Kuehn, John T. (2014) A Military History of Japan: From the Age of the Samurai to the 21st Century (ABC-CLIO, 2014).
Norman, E. Herbert. "Soldier and Peasant in Japan: The Origins of Conscription." Pacific Affairs 16#1 (1943), pp. 47–64.
Rottman, Gordon L. (2013) Japanese Army in World War II: Conquest of the Pacific 1941–42 (Bloomsbury Publishing, 2013).
Rottman, Gordon L. (2012) Japanese Infantryman 1937–45: Sword of the Empire (Bloomsbury Publishing, 2012).
Sisemore, Major James D. (2015) The Russo-Japanese War, Lessons Not Learned (Pickle Partners Publishing, 2015).
Wood, James B. (2007) Japanese Military Strategy in the Pacific War: Was Defeat Inevitable? (Rowman & Littlefield Publishers, 2007).
Yenne, Bill. (2014) The Imperial Japanese Army: The Invincible Years 1941–42 (Bloomsbury Publishing, 2014).
Sumber utama
United States War Department. TM 30–480 Handbook On Japanese Military Forces, 1942 (1942) online; 384pp; highly detailed description of wartime IJA by U.S. Army Intelligence.