Rampasan kuasa Yugoslavia berlaku pada 27 Mac 1941 di Belgrade, Kerajaan Yugoslavia, apabila Majlis Pangkuan Diraja pimpinan Putera Paul dari Yugoslavia telah digulingkan dan Raja Peter II mengambil alih pemerintahan. Ia telah dirancang dan dilaksanakan oleh sekumpulan pegawai nasionalis-SerbiaTentera Udara Diraja Yugoslavia yang pro-Barat pimpinan panglimanya, Jeneral Dušan Simović, yang telah dikaitkan dengan beberapa plot putsch dari tahun 1938 keatas. Brigedier Jeneral Tentera Udara Borivoje Mirković, Mejar Živan Knežević dari Pengawal Diraja Yugoslavia, dan abangnya Radoje Knežević adalah penganjur utama untuk menggulingkan kerajaan. Selain Radoje Knežević, beberapa pemimpin awam lain mungkin menyedari plot tersebut sebelum ia dilancarkan dan mula menyokongnya setelah ia berlaku, tetapi mereka bukanlah antara penganjur.
Parti Komunis Yugoslavia tidak memainkan peranan dalam kudeta ini, walaupun ia memberikan sumbangan yang signifikan terhadap demonstrasi jalanan besar-besaran di kebanyakan bandar-bandar yang menandakan sokongan rakyat kepadanya setelah ia berlaku. Putsch berjaya dan menggulingkan tiga anggota majlis pangkuan diraja: Putera Paul, Radenko Stanković and Ivo Perović, dan kerajaan Perdana Menteri Dragiša Cvetković. Dua hari sebelum penggulingan mereka, kerajaan Cvetković telah menandatangani Protokol Vienna mengenai Penerimaan Yugoslavia ke dalam Pakatan Tiga Pihak (Paksi). Kudeta telahpun dirancang selama beberapa bulan, tetapi penandatanganan Pakatan Tiga Pihak mendorong penganjur untuk melaksanakannya, digalakkan oleh Eksekutif Operasi Khas British.
Para konspirator tentera mengembalikan kuasa kepada Raja Peter II yang berusia 17 tahun, iaitu orang yang mereka isytihar cukup umur untuk ambil alih takhta, dan sebuah kerajaan perpaduan nasional yang lemah dan berpecah-belah telah dibentuk dengan Simović sebagai perdana menteri dan Vladko Maček serta Slobodan Jovanović sebagai timbalan perdana menteri. Kudeta ini telah menyebabkan kuasa Paksi pimpinan Jerman untuk menceroboh Yugoslavia. Kepentingan putsch dan pencerobohan berikutnya telah menunda Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan Paksi ke atas Soviet Union, masih terbuka untuk dibahaskan. Pada tahun 1972 sejarawan tentera Martin van Creveld menolak idea yang menegaskan bahawa pencerobohan Yugoslavia sebenarnya membantu dan mempercepatkan kempen Balkan secara keseluruhan, dan bahawa faktor-faktor lain menentukan tarikh permulaan Operasi Barbarossa, akan tetapi penemuan terkini oleh Profesor Craig Stockings dan Hancock telah menyimpulkan yang Operasi 25, (pencerobohan Yugoslavia) sedikit sebanyak menyumbang kepada kelewatan pencerobohan Jerman ke atas Soviet Union.
Biondich, Mark (2007), "Controversies surrounding the Catholic Church in Wartime Croatia, 1941–45", dalam Ramet, Sabrina P. (penyunting), The Independent State of Croatia 1941–45, New York, New York: Routledge, m/s. 31–59, ISBN978-0-415-44055-4
Milazzo, Matteo J. (1975). The Chetnik Movement & the Yugoslav Resistance. Baltimore, Maryland: Johns Hopkins University Press. ISBN978-0-8018-1589-8.
Papasissis, Themistokles (1960). "5". Der König muss sterben [The King Must Die] (dalam bahasa Jerman). Berlin, West Germany: Berlin Bär. OCLC722376881.
Petranović, Branko (1992). Srbija u drugom svetskom ratu: 1939–1945 [Serbia in the Second World War: 1939–1945] (PDF) (dalam bahasa SerboCroatia). Belgrade, Yugoslavia: Vojnoizdavaćki i Novinski Centar. OCLC246803289.
Ramet, Sabrina P.; Lazić, Sladjana (2011). "The Collaborationist Regime of Milan Nedić". Dalam Ramet, Sabrina P.; Listhaug, Ola (penyunting). Serbia and the Serbs in World War Two. London, United Kingdom: Palgrave Macmillan. m/s. 17–43. ISBN978-0-230-27830-1.
Reshetnikov, Leonid (1992), "К вопросу о советско-югославском договоре о дружбе и ненападении [On the Question of the Soviet-Yugoslav Treaty of Friendship and Non-Aggression]", dalam Gibianskij, Leonid Ânovič; Sluč, Sergej Zinov'evič (penyunting), Международные отношения и страны Центральной и Юго-Восточной Европы в период фашистской агрессии на Балканах и подготовки нападения на СССР (сентябрь 1940 – июнь 1941) [International Relations and the Countries of Central and South-Eastern Europe during the Fascist Aggression in the Balkans and Preparations for an Attack on the USSR (September 1940 – June 1941)] (dalam bahasa Rusia), Moscow, Russian Federation: Institute of Slavic Studies and Balkan Studies of the Russian Academy of Sciences, m/s. 110–123, OCLC690302464
Dizdar, Zdravko (January 2007). "Bjelovarski ustanak od 7. do 10. travnja 1941" [Bjelovar Uprising, 7 to 10 April 1941]. Časopis za suvremenu povijest [Journal of Contemporary History] (dalam bahasa SerboCroatia). 39 (3): 581–609.
Hadži-Jovančić, Perica. "Losing the Periphery: The British Foreign Office and Policy Towards Yugoslavia, 1935–1938" Diplomacy & Statecraft (March 2020) 31#1 pp 65–90.
Presseisen, Ernst L. (December 1960). "Prelude to "Barbarossa": Germany and the Balkans, 1940–1941". Journal of Modern History. 32 (4): 359–370. doi:10.1086/238616. JSTOR1872611. S2CID144699901.