KebangkitanWarsaw (Poland: powstanie warszawskiecode: pl is deprecated ; Jerman: Warschauer Aufstandcode: de is deprecated ) atau Kebangkitan Ogos (Poland: powstanie sierpniowecode: pl is deprecated )[1] sebuah operasi dilakukan pihak pemberontak Tentera Tanah AirPoland membebaskan Warsaw dari Pemerintahan Am rejim NaziJerman yang menakluk. Peperangan ini dilangsungkan selama 63 hari semasa musim panas 1944 tanggal 1 Ogos sejurus pengunduran tentera Jerman dari Poland untuk melawan Tentera MerahSoviet[2][3][4] tanpa sebarang bantuan dari pihak luar menjadikannya tindakan bersenjata paling besar dilakukan manamana pihak pemeberonakan Eropah semasa Perang Dunia Kedua.[5]
Walau bagaimanapun, Pemerintah Soviet pimpinan Joseph Stalin mempunyai niat sendiri mahu menjalankan pemerintah komunis yang tidak diinginkan Tentera Tanah Air yang memihak kepada Pihak Berikat;[6] maka Tentera Merah enggan memberikan bantuan ketenteraan malah sengaja menghentikan serangan terhadap phak Jerman sendiri yang memberi peluang kepada rejim Nazi berpusing menyerang kembali tentera pemberontak Poland sehingga ditumpas habis.[7] Sebanyak 16,000 orang askar pemberontakan Poland terkorban dengan sekitar 6,000 orang askar cedera parah; kira-kira antara 150,000 dan 200,000 orang awam termasuk orang Yahudi yang dilindungi dibunuh rejim Nazi yang membalas dendam; pertempuran ini turut memunsahkan banyak kawasan pebandaran Poland.[8]
Tempoh kebangkitan ini difahamkan banyak cendekiawan sebagai titik mula telagah antara pihak Barat dan pihak Soviet menjurus kepada Perang Dingin yang datang pada dekad-dekad mendatang.[9] Pertempuran ini hanya dapat diperingatkan selepas tumpasnya rejim komunis Poland pada 1989,[10] suatu hari pengabadian pada 1 Ogos diluluskan tahun 2009 oleh Parlimen negara tersebut dimaktubkan Presiden Lech Kaczyński.[11]
Rujukan
^Stolica uczci poległych bohaterów w pierwszą rocznicę Powstania Sierpniowego. In: Kurier Codzienny, no. 5. 12 July 1945, p. 8.
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama sb
^Duraczyński, Eugeniusz; Terej, Jerzy Janusz (1974). Europa podziemna: 1939–1945 [Europe underground: 1939–1945] (dalam bahasa Poland). Warszawa: Wiedza Powszechna. OCLC463203458.
^sojusznik naszych sojuszników: Instytut Zachodni, Przegląd zachodni, v. 47 no. 3–4 1991