55,162 cedera[5][9][10] Material: 12 kapal pembinasa tenggelam 15 kapal amfibia tenggelam 9 kapal lain tenggelam 386 kapal rosak 763[11]-768[12] pesawat 225 kereta kebal
Anggota tentera Jepun: Dari 77,166[13] hingga 110,000 terbunuh (anggaran AS)[14] Lebih dari 7,000 ditawan[14] Material: 1 kapal tempur tenggelam 1 kruiser tenggelam 5 pembinasa tenggelam 9 kapal perang lain tenggelam 1,430 pesawat musnah[15] 27 kereta kebal musnah 1,712 laras artileri, meriam anti-kereta kebal, dan meriam anti-pesawat[16]
40,000–150,000 orang awam terkorban dari jumlah 300,000[14]
Pertempuran Okinawa (Jepun: 沖縄戦code: ja is deprecated , Hepburn: Okinawa-sen) (Templat:Lang-ryu), nama kod Operasi Iceberg,[17] adalah satu pertempuran utama Perang Pasifik yang berlaku di pulau Okinawa antara pasukan Marin dan Tentera Darat A.S. dengan Tentera Darat Imperial Jepun.[18] Penyerbuan awal Okinawa pada 1 April 1945, merupakan serangan amfibia terbesar dalam Kancah Pasifik semasa Perang Dunia II.[19][20] Pertempuran selama 82 hari ini berlangsung dari 1 April sehingga 22 Jun 1945. Selepas kempen melompat pulau yang panjang, pihak Bersekutu merancang untuk menggunakan Okinawa, sebuah pulau besar yang jauhnya hanya 340 bt (550 km) dari tanah besar Jepun, sebagai pangkalan bagi operasi udara untuk penyerbuan yang dirancang ke atas tanah besar Jepun.
Pihak Amerika menubuhkan Tentera Darat Kesepuluh, sebuah ketumbukan yang mengandungi Divisyen Infantri Ke-7, Ke-27, Ke-77, dan Ke-96 A.S. bersama Divisyen Marin Pertama, Ke-2, dan Ke-6, untuk bertempur di pulau itu. Tentera Darat Kesepuluh adalah unik kerana ia mempunyai tentera udara taktikal (pasukan Tentera Darat-Marin bersama) sendiri, dan juga disokong oleh pasukan gabungan laut dan amfibia.
Pertempuran ini disebut sebagai "taufan besi" dalam bahasa Inggeris, dan tetsu no ame ("hujan besi") atau tetsu no bōfū ("angin ganas") dalam bahasa Jepun.[21][22][23] Nama samaran ini merujuk kepada keganasan pertempuran, intensiti serangan kamikaze Jepun, dan sejumlah kapal Bersekutu dan kenderaan berperisai yang menyerang pulau itu. Pertempuran ini merupakan antara yang paling berdarah di Pasifik, dengan kira-kira 160,000+ kasualti dikedua-dua belah pihak: 75,682 Sekutu dan 84,166-117,000+ Jepun,[24] termasuk mengerah orang Okinawa memakai uniform Jepun.[14] 149,425 orang Okinawa terbunuh, membunuh diri atau hilang, sebahagian besar daripada 300,000 penduduk tempatan pra-perang.[24]
Dalam operasi tentera laut semasa pertempuran tersebut, kedua-dua belah pihak kehilangan banyak kapal dan pesawat, termasuk kapal tempur gergasi Jepun Yamato. Selepas pertempuran itu, Okinawa menyediakan tempat berlabuh armada, tempat penempatan trup, dan lapangan terbang berdekatan dengan Jepun sebagai persediaan untuk penyerbuan yang dirancang.
Bagi pihak Amerika, Okinawa merupakan batu loncatan utama bagi mengalahkan Empayar Jepun. Pendaratan yang berjaya di pulau Okinawa oleh tentera Amerika akan memberikan satu pangkalan udara dan kemudahan angkatan laut yang akan membolehkan serangan ke pulau besar Jepun itu sendiri. Bagi orang-orang Jepun pula, penubuhan pangkalan yang sangat dekat dengan pusat kerajaan akan menjejaskan kemampuan angkatan bersenjata mereka untuk mempertahankan tanah air. Kejatuhan pulau itu juga akan menghalang aliran kritikal petroleum ke Jepun dari Borneo, Sumatra, dan Burma.
Okinawa adalah pulau terbesar dan paling padat penduduknya di rantai Ryukyu, kira-kira 380 batu di barat daya Pulau Jepun di Kyushu. Dengan keluasan 485 batu persegi, Okinawa kira-kira 60 batu panjang dengan lebar 2 hingga 18 batu. Kawasan timur laut pulau ini sangat lasak, bergunung-ganag, berhutan, dan kurang berpenduduk.
Pada tahun 1945 penduduk Okinawa dianggarkan kira-kira 500,000, dua pertiga daripadanya tinggal di selatan sepertiga pulau itu. Tidak seperti utara, kawasan selatan mempunyai kawasan terbuka yang sesuai untuk penanaman. Sebelum Perang Dunia II, orang Okinawa mengekalkan masyarakat pertanian yang sebahagian besarnya kawasan pedalaman. Penduduk pulau itu memancing dan menanam tebu, ubi jalar, nasi, dan kacang soya. Mereka cenderung menumpukan perhatian di kampung-kampung kecil daripada di bandar-bandar besar. Ibadat tauhid mendominasi amalan keagamaan mereka, dan makam nenek moyang itu memenuhi kawasan desa.
Flotila Pemusnahan Bawah Laut (TG 52.11): 10 100 anggota UDT di atas kapal pengiring pembinasa[26]
170 kapal pendaratan sokongan
Kumpulan Serangan Western Islands (TG 51.1) dibawah Laksamana Muda Ingolf N. Kiland bersama Divisyen Ke-77 Infantri, 17 kapal serangan dan pengangkut kargo, 56 LST dan kapal-kapal sokongan;[26]
TF 56 merupakan pasukan terbesar dalam TF 50 dan ditubuhkan bersama Tentera Darat Ke-10. Ketumbukan ini mempunyai 2 kor dibawah pemerintahannya: iaitu Kor III Amfibia, mengandungi Divisyen Pertama dan Ke-6 Marin, dan Kor XXIV, mengandungi Divisyen Ke-7 dan Ke-96 Infantri. Divisyen Ke-2 Marin adalah pasukan simpanan luar pantai, dan Tentera Darat Ke-10 juga mengawal Divisyen Ke-27 Infantri, ditugaskan sebagai pasukan garison, dan Divisyen Ke-77 Infantri.[28]
Keseluruhannya, Tentera Darat ini mempunyai lebih 102,000 askar (dari jumlah ini, 38,000+ adalah artileri bukan divisyen, bantuan tempur dan trup Markas, dengan 9,000 askar cabang lain),[26] lebih 88,000 askar Marin dan 18,000 anggota tentera laut (kebanyakannya Seabee dan anggota perubatan).[28] Pada permulaan Pertempuran Okinawa, Tentera Darat Ke-10 mempunyai 182,821 anggota dibawah pemerintahannya.[28] Ia dirancang bahawa Jeneral Buckner akan melapor kepada Turner sehingga fasa amfibia selesai, selepas itu beliau akan melapor terus kepada Spruance.
Walaupun angkatan darat Bersekutu terdiri sepenuhnya dari unit-unit Amerika, Armada Pasifik British (BPF; dikenali oleh Tentera Laut AS sebagai Pasukan Petugas 57) menyediakan kira-kira ¼ daripada kuasa udara tentera laut Bersekutu (450 pesawat). Ia terdiri dari sebuah pasukan yang mengandungi 50 kapal perang, 17 darinya adalah kapal pengangkut pesawat; manakala geladak penerbangan berperisai British bermakna sedikit pesawat yang boleh dibawa dalam sebuah kapal pengangkut pesawat, mereka lebih tahan dari serangan kamikaze.[perlu rujukan]
Kempen ketenteraan darat Jepun (terutamanya defensif) telah dilakukan oleh 67,000 askar (77,000 menurut beberapa sumber) Tentera Darat Ke-32 dan sejumlah 9,000 askar Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) di pangkalan laut Oroku (hanya beberapa ratus orang yang dilatih dan dilengkapi untuk pertempuran darat), dibantu oleh 39,000 kerahan tempatan orang Ryukyu (termasuk 24,000 orang dikerah secara tergesa-gesa militiabarisan belakang yang dipanggil Boeitai dan 15,000 buruh tanpa uniform). Pihak Jepun menggunakan taktik kamikaze sejak Pertempuran Teluk Leyte, tetapi buat pertama kalinya, mereka menjadi pasukan yang bertahan. Di antara pendaratan Amerika pada 1 April dan 25 Mei tujuh serangan besar kamikaze telah dibuat, membabitkan lebih kurang 1,500 kapal terbang.
Tentera Darat Ke-32 pada awalnya terdiri daripada Divisyen Ke-9, Ke-24, dan Ke-62, dan Briged Ke-44 Campuran. Divisyen Ke-9 telah dipindahkan ke Taiwan sebelum penyerbuan itu, mengakibatkan perubahan dalam rancangan pertahanan Jepun. Pertempuran utama di bahagian selatan akan dipimpin oleh Jeneral Mitsuru Ushijima, ketua stafnya, Leftenan Jeneral Isamu Chō dan ketua operasinya, Kolonel Hiromichi Yahara. Yahara menganjurkan strategi bertahan, manakala Chō menganjurkan satu strategi menyerang.
Di bahagian utara, Kolonel Takehido Udo pula memerintah. Pasukan IJN dipimpin oleh Laksamana MudaMinoru Ōta. Mereka menjangkakan pihak Amerika akan mendaratkan 6–10 divisyen menentang garison Jepun yang mengandungi dua dan setengah divisyen. Staf mereka mempertaruhkan jumlah senjata yang berkualiti tinggi dan memberikan setiap divisyen AS dengan lima atau enam kali kuasa tembakan sebuah divisyen Jepun.
Untuk ini, akan ditambah kuasa tembakan yang besar dari laut dan udara Amerika.
Tentera Darat Imperial Jepun mengerah 1,780 budak lelaki sekolah menengah yang berumur 14–17 tahun kedalam pasukan barisan depan. Mereka telah dinamakan "Tekketsu Kinnōtai" (ja:鉄血勤皇隊, Kor Imperial Besi dan Darah). Pengerahan ini telah dibuat oleh bahagian ordinan Kementerian Tentera Darat, bukan oleh undang-undang.
Bahagian ordinan mengerah pelajar sebagai askar sukarelawan. Pada hakikatnya, pihak berkuasa tentera mengarah sekolah-sekolah untuk memaksa semua pelajar "bersukarela" sebagai askar. Kadang-kala mereka memalsukan dokumen yang diperlukan. Kira-kira separuh daripada Tekketsu Kinnōtai terkorban, termasuk dalam serangan bom berani mati ke atas kereta kebal, dan dalam operasi gerila.
Selepas kalah Pertempuran Okinawa, kerajaan Jepun membuat undang-undang baru sebagai persediaan untuk pertempuran terakhir di tanah besar Jepun. Undang-undang ini menjadikan kanak-kanak lelaki yang berumur 15 tahun ke atas dan kanak-kanak perempuan berumur 17 tahun ke atas di kerah ke dalam pasukan barisan hadapan.
Askar-askar remaja Tekketsu Kinnōtai
Gambar rajah tentera AS di terowong defensif dan pangkalan bukit Jepun
Selaras meriam 150mm Type 89 tersembunyi dalam sistem pertahanan gua
Buckner, Simon Bolivar, Jr. and Joseph Stilwell. Seven Stars: The Okinawa Battle Diaries of Simon Bolivar Buckner, Jr. and Joseph Stilwell ed. by Nicholas Evan Sarantakes (2004) excerpt and text search
Lacey, Laura Homan (2005). Stay Off The Skyline: The Sixth Marine Division on Okinawa—An Oral History. Potomac Books. ISBN1-57488-952-4.
Manchester, William (1980). Goodbye, Darkness: A Memoir of the Pacific War. Boston, Toronto: Little, Brown and Co. ISBN0-316-54501-5.
Yahara, Hiromichi (2001). The Battle for Okinawa. John Wiley & Sons. ISBN0-471-18080-7.-Firsthand account of the battle by a surviving Japanese officer.