Pertempuran Belgium ataupun dirujuk sebagai Kempen 18 Hari di Belgium, merupakan sebahagian daripada pertempuran besar Perancis. Kempen ini diserang oleh tentera Jerman Nazi ketika Perang Dunia Kedua. Ia mengambil masa selama 18 hari dan pada Mei 1940, Belgium menyerah kalah dan Jerman menduduki negara itu untuk mara ke selatan iaitu Perancis.
Pada 10 Mei 1940, Jerman melancarkan serangan ke atas Luxembourg, Belanda dan kemudian Belgium. Tentera Bersekutu cuba untuk menghentikan serangan Jerman. Tentera Perancis mula menghantar tentera-tenteranya ke Belgium pada 10 dan 12 Mei, memaksa Jerman menggunakan rancangan keduanya dengan melalui Ardennes kemudian Selat Inggeris. Pertempuran Belgium juga termasuk dalam pertempuran kereta kelab pertama pada tahun itu, iaitu Pertempuran Hannut. Ia merupakan pertempuran terbesar dalam sejarah tetapi satu lagi lebih besar selepas itu, iaitu pertempuran Afrika Utara. Pertempuran Fort Eben-Emael juga merupakan pertempuran pertama strategik menggunakan tentera payung terjun.
Selepas Belgium menyerah kalah, Jerman mula menduduki Belgium sehingga musim luruh 1944 apabila dibebaskan oleh tentera Bersekutu.