Bock terkenal kerana Operasi Typhoon iaitu satu percubaan yang gagal untuk menawan Moscow semasa musim sejuk tahun 1941. Penyerangan Jerman telah diperlahankan oleh tentangan sengit Soviet disekitar bandar Mozhaisk, dan juga oleh Rasputitsa, iaitu musim hujan dan lumpur di Rusia. Sebaik saja musim sejuk Rusia melanda dengan teruk, yang paling sejuk dalam masa lebih 50 tahun, pasukan tentera darat Jerman dengan cepat tidak boleh melakukan lagi operasi pertempuran, dengan lebih banyak askar terkorban disebabkan oleh cuaca sejuk berbanding dari pertempuran. Penyerangan balas cepat Soviet memaksa tentera Jerman berundur, dan Bock - yang meminta pengunduran awal - kemudian telah dipecat oleh Adolf Hitler.
Seorang pegawai lama dalam tentera darat Jerman, Bock telah dianggap sebagai jeneral yang sangat "meminati buku". Beliau juga mendapat reputasi sebagai seorang pensyarah yang berapi-api, memberikan beliau gelaran "Holy Fire of Küstrin" ("Api Suci dari Kustrin"). Bock bukanlah dianggap ahli teori yang pintar, tetapi mempunyai sifat keazaman yang kuat, merasakan bahawa kemuliaan yang paling besar bagi askar Jerman adalah berkorban di medan perang demi tanahair.
Pendukung sistem pemerintahan beraja, Bock secara peribadi tidak menyukai fahaman Nazi dan tidak pernah terlibat langsung dalam politik. Bagaimanapun, beliau juga tidak bersimpati dengan rancangan untuk menggulingkan Hitler dan tidak pernah mempersoalkan layanan buruk orang awam oleh pihak Schutzstaffel (SS). Bock juga lantang bersuara, satu keistimewaan yang Hitler berikan padanya hanya kerana beliau pernah berjaya dalam pertempuran. Bock - bersama-sama dengan isteri dan anak perempuan tunggalnya - telah terbunuh dalam satu serangan tembakan pesawat pejuang tempur British pada 4 Mei 1945 sewaktu mereka menaiki kereta kearah Hamburg.
Nama Bock disebut empat kali dalam Wehrmachtbericht (Laporan Kemajuan Angkatan Tentera) iaitu pada 7 Ogos 1941, 19 September 1941, 18 Oktober 1941 dan 30 Mei 1942. Ini membolehkan beliau tersenarai dalam Daftar Kehormat Tentera Darat Jerman. (Orang-orang atau unit-unit tentera yang disebut dalam Wehrmachtbericht dianggap satu penghormatan besar tentera dan dipandang tinggi)
Beevor, Antony (1998). Stalingrad, The Fateful Siege: 1942–1943. New York: Penguin Books.
Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN978-3-7909-0284-6. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Gerbet, Klaus and Johnston, David. Generalfeldmarschall Fedor von Bock: The War Diary 1939–1945. Schiffer Publishing. 1 January 2000
Horner, D. M., Jukes, Geoffrey. The Second World War — The Eastern Front 1941–1945. Osprey Publishing (25 July 2002)
Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN978-3-938845-17-2. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Turney, Alfred W., Disaster at Moscow: Von Bock's Campaigns 1941–1942, Cassell (1971)