Walther Heinrich Alfred Hermann von Brauchitsch (4 Oktober 1881 – 18 Oktober 1948) adalah seorang Fil Marsyal Jerman dan Panglima BesarTentera Darat Jerman semasa era Nazi. Dilahirkan dalam keluarga bangsawan tentera, Brauchitsch memasuki perkhidmatan tentera pada tahun 1901. Semasa Perang Dunia I, beliau berkhidmat dengan cemerlang di bahagian staf peringkat kor dan divisyen di Perbatasan Barat.
Selepas mengalami serangan jantung pada November 1941 dan dipersalahkan atas kegagalan Operasi Typhoon, iaitu serangan Wehrmacht ke atas Moscow, Hitler memecat beliau sebagai Panglima Tentera Darat dan mengambil alih sendiri jawatan itu; beliau menghabiskan seluruh masa peperangan dengan bersara wajib. Selepas Perang Dunia II, Brauchitsch telah ditahan atas tuduhan jenayah perang tetapi meninggal dunia kerana pneumonia pada tahun 1948 sebelum beliau sempat didakwa. Seorang pegawai staf yang berkebolehan dari sekolah lama Prusia, beliau, seperti Werner von Blomberg, tidak mempunyai keberanian politik untuk membantah Hitler.
Masa muda
Brauchitsch telah dilahirkan di Berlin dan merupakan anak kelima kepada seorang jeneral kavalri. Beliau memasuki Französisches Gymnasium Berlin (Kolej Francais Berlin), iaitu sebuah sekolah berbahasa Perancis. Brauchitsch telah ditauliahkan sebagai seorang Leftenan dalam Rejimen Ke3 Pengawal Prusia pada tahun 1900. Di dalam Perang Dunia Pertama, beliau bertugas sepenuhnya sebagai pegawai staf am. Sebelum itu, pada 29 Disember 1910 beliau mengahwini Elizabeth von Karstedt,seorang perempuan kaya yang mewarisi 300,000 ekar tanah (1,200km) di negeri Pomerania (tetapi telah bercerai pada Februari 1938 dan mengahwini Charlotte Schmidt pada September 1938).
"Blitzkrieger". Time. September 25, 1939. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2013-12-05.
Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN978-3-938845-17-2. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)