Werner von Fritsch

Werner von Fritsch
Von Fritsch, ketika berpangkat Generalleutnant pada tahun 1932
Panglima Besar Tentera Darat
Jerman
Dalam jawatan
1 Jun 1935 – 4 Februari 1938
PresidenAdolf Hitler
CanselorAdolf Hitler
Didahului olehtiada (jawatan diwujudkan)
Digantikan olehWalther von Brauchitsch
Ketua Markas Tentera Darat Jerman ke-5
Dalam jawatan
1 Januari 1934 – 1 Jun 1935
PresidenPaul von Hindenburg
Adolf Hitler
CanselorAdolf Hitler
Didahului olehKurt von Hammerstein-Equord
Digantikan olehSendiri sebagai Panglima Besar Tentera Darat Jerman
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
Cabang/khidmatTentera Darat
Tahun khidmat1898–1939
Pangkat Generaloberst
Pangkalan1 Divisyen Kavalri
3 Divisyen Infantri
Panglima Besar Tentera Darat
Perang/PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
Anugerah tenteraOrder of the Red Eagle
Personal Details
Kelahiran(1880-08-04)4 Ogos 1880
Benrath, Empayar Jerman
Meninggal dunia22 September 1939(1939-09-22) (umur 59)
Warsaw, Poland
DisemadikanInvalidenfriedhof Berlin

Werner, Freiherr von Fritsch (4 Ogos 1880 – 22 September 1939) adalah seorang Kolonel Jeneral dan Panglima Tentera Darat Jerman dari tahun 1933 hingga 1938. Beliau bertugas didalam Markas Besar Jerman.

Kehidupan awal

Fritsch telah dilahirkan di Benrath di Provinsi Rhine, Empayar Jerman. Beliau memasuki Tentera Darat Prusia pada usia 18 tahun; pada 1901, beliau ditukarkan ke Akademi Tentera Prusia. Pada tahun 1911, beliau dilantik ke Staf Am Jerman, dimana beliau bertugas semasa Perang Dunia I.

Zaman antara perang

Semasa zaman antara perang, Fritsch berkhidmat dalam Angkatan Tentera (Reichswehr) Republik Weimar. Pada tahun 1924, Fritsch menulis sepucuk surat kepada Joachim von Stülpnagel yang mana beliau meluahkan kebenciannya terhadap demokrasi dan harapannya agar Jeneral Hans von Seeckt akan melaksanakan putsch untuk mendirikan satu pemerintahan diktator tentera.[1] Fritsch mengumumkan beliau benar-benar menentang "kacukan hitam, merah dan emas" sebagai Canselor dan menulis bahawa beliau percaya yang Jerman telah dihancurkan oleh "suratkhabar propaganda Yahudi".[1] Fritsch mengakhiri suratnya dengan senarai semua orang yang dibencinya:

Untuk usaha terakhir Ebert, pencinta damai, Yahudi, demokrat, hitam, merah, dan emas, dan Perancis semuanya sama, terutama orang-orang yang mahu memusnahkan Jerman. Mungkin ada perbezaan kecil, namun pada penghujung ia semuanya sama.[1]

Ahli sejarah Jerman Wolfram Wette menulis yang Fritsch hampir menderhaka dengan suratnya kerana Fritsch telah mengangkat sumpah Reichswehreid untuk mempertahankan demokrasi, dan seruan untuk putsch bagi memusnahkan demokrasi yang Fritsch berjanji untuk dipertahankan adalah satu perbuatan "...penderhakaan melampau terhadap republik yang mana beliau telah bersumpah".[1] Fritsch banyak terlibat dalam persenjataan rahsia semula tahun 1920an, dimana Jerman berusaha menghindari syarat-syarat Bahagian V Persetiaan Versailles, yang pada dasarnya melucutkan senjata Jerman, menghadkan Angkatan Tentera negara itu kepada 100,000 askar, serta memusnahkan semua kapal terbang dan kereta kebal.[2] Dengan demikian, Fritsch yang bekerja rapat dengan pihak Soviet Union dalam persenjataan rahsia semula memihak kepada dasar luar pro-Soviet, dan sangat membenci Poland.[2] Pada tahun 1928, Fritsch mula bekerja pada rancangan itu yang kemudian menjadi Kes Putih, iaitu pencerobohan Poland pada tahun 1939.[2] Beliau dinaikkan pangkat ke Brigedier Jeneral (Generalmajor) pada tahun 1932 oleh Kurt von Schleicher, yang menganggap beliau sebagai pegawai muda yang berbakat.[3] Schleicher kemudian menugaskan Fritsch dan Gerd von Rundstedt melaksanakan rampasan Prusia yang menyaksikan Reichswehr menumbangkan kerajaan Demokratik Sosial Prusia.[2]

Selepas Nazi berkuasa pada tahun 1933, Fritsch adalah penyokong kuat rejim baru, dilihatnya sebagai kuasa radikal yang, jika dipengaruhi oleh orang-orang seperti dirinya, akan menjadi kuasa untuk kebaikan.[4] Wette menulis bahawa kerana Fritsch adalah ahli "...kumpulan anti-Semitik yang keras" dalam pasukan pegawai, anti-Semitisme Adolf Hitler merupakan salah satu punca paling penting Fritsch menyokong rejim Nazi.[5] Fritsch dilantik sebagai Ketua Markas Tentera Darat, pada Februari 1934 kerana Hitler melihat beliau sebagai penyokong rejim dan kerana Menteri Pertahanan Werner von Blomberg menilai Fritsch mengikut profesionalisme.[6] Pada Februari 1934, apabila Blomberg mengarahkan semua perajurit yang dianggap berketurunan Yahudi (iaitu, mempunyai ibubapa berketurunan Yahudi atau datuk nenek yang bertukar agama; sebelum pemerintahan Nazi, pihak Reichswehr tidak menerima orang Yahudi) diberi pemberhentian yang memalukan, Fritsch tidak membantah dan melaksanakan arahan tersebut.[7] Menurut William Shirer dalam The Rise and Fall of the Third Reich, Fritsch memainkan satu peranan penting apabila beliau menghalang persediaan awal Hitler dengan Tentera Darat untuk menggantikan Presiden von Hindenburg pada masa kematiannya. Fritsch akhirnya mengkhianati pasukan pegawai dengan menyetujui tuntutan ini selepas berunding dengan para jeneralnya.[8] Pada 31 Disember 1934 Fritsch mengumumkan yang ia "menyatakan bahawa seseorang pegawai [patut mencari] isteri yang hanya dalam kalangan orang Aryan" dan mana-mana pegawai yang mengahwini perempuan Yahudi akan diberhentikan secara memalukan dengan serta-merta.[5] Beliau telah dinamakan Panglima Tentera Darat (Oberkommando des Heeres) pada Jun 1935. Pada hujung tahun 1934–awal tahun 1935, Fritsch and Blomberg berjaya menekan Hitler supaya membersihkan nama Jeneral von Schleicher yang dibunuh, mendakwa bahawa selaku pegawai mereka tidak dapat menahan serangan pihak akhbar yang menggambarkan beliau sebagai pembelot yang bekerja untuk Perancis.[9]

Fritsch menyokong rejim Nazi tetapi beliau bersikap antagonis terhadap cubaan mewujudkan saingan dengan Tentera Darat, terutamanya SS. Shirer mengimbau kembali Fritsch pernah membuat teguran sinis tentang SS, serta beberapa pemimpin Nazi bawah Hitler, di upacara perbarisan di Saarbrücken. Beliau juga bimbang Hitler akan mengisytiharkan perang dengan Soviet Union; seperti kebanyakan rakan sekerjanya, beliau menyokong hubungan Weimar dengan Moscow. Wette menulis "Ia tidak dapat dinafikan bahawa Jeneral von Fritsch yang konservatif dan nasionalis mendukung negara Sosialis Nasional, dan beliau menerima Hitler sebagai diktator sepenuhnya. Dengan kesesuaian pandangan ini, seseorang mungkin meragui samada Fritsch menyatakan anti-Semitisme mencerminkan 'kenaifan politik' seperti yang ditegaskan oleh ahli sejarah Klaus-Jürgen Müller".[10]

Pada April 1936, sewaktu Blomberg dinaikkan pangkat ke Fil Marsyal, Fritsch mendapat kenaikkan ke Kolonel Jeneral (Generaloberst). Fritsch adalah di antara para pegawai yang hadir dalam Mesyuarat Hossbach pada tahun 1937 dimana Hitler mengumumkan kehendaknya untuk berperang seawal tahun 1938. Beliau mengkritik permintaan ini, kerana beliau tahu tentera daratnya belum lagi bersedia.

Kes Blomberg–Fritsch

Heinrich Himmler dan Hermann Göring—diinspirasi oleh peletakkan jawatan Blomberg—menuduh Fritsch yang belum berkahwin terlibat dalam aktiviti homoseks. Fritsch bukan kaki perempuan dan lebih suka menumpukan kerjaya tenteranya. Beliau telah dipaksa meletakkan jawatan pada 4 Februari 1938. Penggantinya—Walther von Brauchitsch—telah disyorkan oleh Fritsch. Hitler mengambil peluang akan situasi ini melalui penggantian beberapa jeneral dan menteri dengan setiawan Nazi, yang menguatkan kawalannya ke atas Angkatan Tentera Jerman (Wehrmacht). Ia kelak diketahui bahawa tuduhan tersebut adalah palsu, dan sebuah mahkamah kehormat tentera meneliti kes Blomberg-Fritsch, walaupun ia dipengerusikan oleh Göring sendiri. Kejayaan pengilhakan Austria kedalam Jerman Raya (Anschluss) pada 12 Mac menghentikan semua pengkritik Hitler, Göring dan Himmler. Fritsch telah dibebaskan pada 18 Mac, tetapi kerosakan namanya telahpun berlaku.

Berikutan pembebasannya, Fritsch cuba mencabar pemimpin SS Heinrich Himmler bertarung. Fritsch membuat cabaran rasmi dan dilaporkan mempraktikan kemahiran pistolnya pada masa lapang. Surat telah diberi kepada Jeneral Gerd von Rundstedt untuk penghantaran, tetapi Rundstedt, berusaha untuk menghubungkan ketidakpercayaan antara Wehrmacht dan SS, akhirnya menyakinkan Fritsch untuk menghentikan idea itu. (Tidak mungkin pertembungan itu akan berlaku kerana Hitler telah melarang pegawai kanan parti, seperti Himmler, daripada bertarung.)[11]

Walaupun tuduhan itu palsu, Fritsch tetap setia kepada rejim Nazi, dan mengekalkan keyakinannya bahawa Jerman berdepan dengan konspirasi Yahudi antarabangsa untuk menjahanamkan Reich.[12] Selepas pembasmian kaum Kristallnacht pada November 1938, Fritsch menulis sepucuk surat kepada seorang sahabat pada 22 November 1938 iaitu "Sudah tentu perjuangan dengan Yahudi antarabangsa secara rasminya kini bermula, dan akibat semulajadi yang akan membawa perang dengan England dan Amerika Syarikat, benteng-benteng politik orang Yahudi".[13] Didalam sepucuk surat lain kepada sahabatnya, iaitu Baroness von Schutzbar, pada 11 Disember 1938 Fritsch menulis:

"Sangat aneh sehingga ramai orang harus menganggap masa hadapan dengan kebimbangan meningkat, walaupun kejayaan Führer' yang tidak dapat dipertikaikan pada masa lalu...Tidak lama selepas Perang, saya menyimpulkan bahawa kita mesti menang dalam tiga perjuangan, jika Jerman sekali lagi ingin kuat:.

(1) Perjuangan terhadap golongan pekerja. Hitler telahpun menang;

(2) Terhadap Gereja Katolik, mungkin lebih baik dinyatakan sebagai Ultramontanisme dan

(3) Terhadap orang Yahudi.

Kita berada di tengah-tengah perjuangan ini, dan menentang orang Yahudi adalah yang paling sukar. Saya harap semua orang sedar akan selok-belok kempen ini."[14]

Fritsch memberitahu Ulrich von Hassell—apabila orang itu cuba melibatkannya dalam plot anti-Nazi—yang Hitler adalah takdir Jerman, dan tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk mengubah fakta itu.[15]

Werner von Fritsch (tengah) bersama Werner von Blomberg (kiri) dan Erich Raeder (kanan) di Nuremberg pada September 1936.

Perang Dunia II (kematian)

Batu peringatan diletakkan oleh pihak Jerman di tempat Fritsch meninggal dunia. Ia telah dimusnahkan pada tahun 1944 semasa penentangan tentera Poland di Warsaw.
Kubur di Invalidenfriedhof.

Sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia II, Fritsch telah dipanggil semula, dan memilih secara peribadi untuk memeriksa garisan depan sebagai "Kolonel Kehormat Rejimen Ke-12 Artileri"[16] semasa pencerobohan Poland, satu aktiviti yang sangat luar biasa bagi seseorang yang berpangkat sepertinya. Pada 22 September 1939, di Praga semasa pengepungan Warsaw, sebutir peluru Poland (samada dari mesingan atau penembak tepat) menembusi arteri di kakinya.[17] Leftenan Rosenhagen, adjutan kepada Fritsch dan saksi kematiannya, menulis dalam laporan rasmi yang asal:

"[...] Pada waktu ini Herr Generaloberst menerima satu tembakan di peha kirinya, sebutir peluru merobek arteri. Serta-merta beliau jatuh. Sebelum saya membuka pendakapnya, Herr Generaloberst berkata: "tolong tinggalkannya", terus tidak sedarkan diri dan mati. Hanya seminit berlalu antara ditembak dan mati."[17]

Fritsch merupakan jeneral Jerman kedua yang terbunuh dalam pertempuran semasa Perang Dunia II—yang pertama adalah komander SS Wilhelm Fritz von Roettig pada 10 September 1939 berhampiran Opoczno, Poland. Oleh kerana Fritsch merupakan jeneral kedua terbunuh dalam pertempuran, kejadian ini diperiksa dengan teliti. Keputusan rasmi adalah beliau sengaja menempah maut. Fritsch menerima upacara pengebumian negara empat hari kemudian di Berlin.

William Shirer merangkumkan upacara ini didalam catatan hariannya bertarikh 26 September 1939.

"Mereka mengebumikan Jeneral von Fritsch disini pagi ini. Ia hujan, sejuk dan mendung – salah satu hari yang paling sukar untuk saya ingat di Berlin. Hitler tidak hadir, begitu juga Ribbentrop, ataupun Himmler, walaupun mereka semua kembali ke Berlin dari medan perang petang ini."

Tanda peringatan

"Kaserne (berek) Freiherr von Fritsch" di Darmstadt telah dinamakan sempena Fritsch selepas kematiannya. Kemudahan ini disambungkan dengan Cambrai Kaserne apabila Tentera Darat Amerika Syarikat menduduki Darmstadt pada tahun 1945. Cambrai-Fritsch Kaserne dijadualkan untuk diserah kepada kerajaan Jerman sebelum Mac 2009,[18] dan telah dikembalikan kepada tadbir urus Jerman pada 6 Ogos 2008.[19]

Tarikh kenaikkan pangkat

Anugerah kebesaran

Rujukan

  1. ^ a b c d Wette, Wolfram The Wehrmacht Cambridge: Harvard University Press, 2006 page 83.
  2. ^ a b c d Wheeler-Bennett, John The Nemesis of Power, London: Macmillan, 1967 page 302.
  3. ^ Wheeler-Bennett, John The Nemesis Power, London: Macmillan, 1967 page 302.
  4. ^ Wheeler-Bennett, John The Nemesis of Power, London: Macmillan, 1967 page 293.
  5. ^ a b Wette, Wolfram The Wehrmacht Cambridge: Harvard University Press, 2006 page 84.
  6. ^ Wheeler-Bennett, John The Nemesis of Power, London: Macmillan, 1967 page 303.
  7. ^ Wette, Wolfram The Wehrmacht Cambridge: Harvard University Press, 2006 page 72.
  8. ^ Shirer, William (1960). The Rise and Fall of the Third Reich. Simon and Schuster. m/s. 214–215.
  9. ^ Wheeler-Bennett, John The Nemesis of Power, London: Macmillan, 1967 page 336.
  10. ^ Wette, Wolfram The Wehrmacht Cambridge: Harvard University Press, 2006 page 85.
  11. ^ Deutsch, Harold. Hitler and His Generals: The Hidden Crisis. January – June 1938. Minneapolis: University of Minnesota, 1974. p 365-68.
  12. ^ Wheeler-Bennett, John The Nemesis of Power, London: Macmillan, 1967 page 494.
  13. ^ Wheeler-Bennett, John The Nemesis of Power, London: Macmillan, 1967 page 433.
  14. ^ Wheeler-Bennett, John The Nemesis of Power, London: Macmillan, 1967 pages 379–380.
  15. ^ Wheeler-Bennett, John The Nemesis of Power, London: Macmillan, 1967 page 380.
  16. ^ Barnett, Hitler's Generals, p. 40
  17. ^ a b DER SPIEGEL 34/1948 – 21 August 1948, page 18 – original official protocol written by Leutnant Rosenhagen, his adjutant and eyewitness
  18. ^ DoD announces more Germany closings (from the Army Times website)
  19. ^ http://www.army.mil/article/11482/darmstadt-garrison-bids-germany-farewell/

Bacaan lanjut

  • Deutsch, Harold C. Hitler and his generals: the hidden crisis, January–June 1938 (1974), pp 78–215; the standard scholarly monograph on 1938 crisis excerpt and text search
  • Faber, David, Munich, 1938: Appeasement and World War II (2008) pp 46–75
  • Barnett, Correlli, ed., Hitler's Generals Grove Weidenfeld, New York, NY, 1989.
  • Read, Anthony, The Devil's Disciples: The Lives and Times of Hitler's Inner Circle Pimlico, London, 2003, 2004.
  • Berlin Diary – Page 179, William Shirer.
  • Wheeler-Bennett, Sir John, The Nemesis of Power: The German Army in Politics 1918–1945 Palgrave Macmillan, London, 1953, 1964, 2005.

Page Modul:Sister project links/bar/styles.css has no content.