Karl Witzell (18 Oktober 1884, Hiersfeld berhampiran Wesel – 31 Mei 1976, Berlin) adalah seorang Laksamana Jerman dalam Kriegsmarine dan merupakan Chef der Marinewaffenhauptamt ("Panglima Markas Persenjataan Tentera Laut") dari November 1939 hingga Ogos 1942 semasa Perang Dunia II. Beliau bersara dari perkhidmatan tentera pada 30 September 1942 dan kemudian dilantik ke dewan presiden Reichsforschungsrat ("Majlis Penyelidikan Reich") dan telah dianugerahkan pingat Knight Cross of the War Merit Cross pada 5 Oktober 1942 "sebagai pengiktirafan kepada perkhidmatannya yang hebat untuk pembangunan senjata dan persenjataan Jerman Reich".
Walaupun beliau bersara dari kerjaya tentera, beliau telah ditahan sebagai tawanan perang Rusia pada 1945 dan di hukum penjara di Kesatuan Soviet kerana jenayah perang. Hanya pada bulan Oktober 1955 barulah beliau dibebaskan.
Sekembalinya ke Jerman Barat beliau menjadi ahli pengasas Arbeitsgemeinschaft für Wehrtechnik ("Persatuan Teknologi Pertahanan").
Tarikh kenaikkan pangkat
zur See]] - 15 Oktober 1907
Anugerah kebesaran
Bibliografi
- Hildebrand, Hans (1989). P–Z. Deutschlands Admirale 1849–1945. Die militärischen Werdegänge der See-, Ingenieur-, Sanitäts-, Waffen- und Verwaltungsoffiziere im Admiralsrang (dalam bahasa German). 3. Osnabrück: Biblio. m/s. 568–569. ISBN 3764814993.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)