SMS Schleswig-Holstein[a] (disebut [ˈʃleːsvɪç ˈhɔlʃtaɪn]) merupakan yang terakhir dari lima kapal tempurkelas Deutschland yang dibina oleh Kaiserliche Marine Jerman. Kapal ini, dinamakan sempena negeri Schleswig-Holstein, mula dibina di limbungan Germaniawerft di Kiel pada Ogos 1905 dan ditauliahkan kedalam armada hampir tiga tahun kemudian. Kapal-kapal kelasnya sudah ketinggalan zaman pada saat mereka memasuki perkhidmatan, lebih rendah dari segi saiz, perisai, kuasa tembakan dan kelajuan berbanding dengan generasi baru kapal tempur dreadnought.
Schleswig-Holstein berjuang dikedua-dua Perang Dunia. Semasa Perang Dunia I, ia bertugas di barisan depan dalam Skuadron Tempur IIArmada Laut Lepas, memuncak di Pertempuran Jutland pada 31 Mei – 1 Jun 1916. Schleswig-Holstein berperang dalam pertempuran itu, dan terkena satu tembakan meriam berkaliber besar. Selepas pertempuran tamat, Schleswig-Holstein ditugaskan mengawal kawasan muara Sungai Elbe sebelum dilucutkan tauliah pada akhir tahun 1917. Selaku salah satu dari beberapa buah kapal tempur yang dibenarkan oleh syarat-syarat Persetiaan Versailles untuk Jerman, Schleswig-Holstein sekali lagi dimasukkan kedalam pasukan armada pada tahun 1920an. Pada tahun 1935, kapal tempur lama ini diubah menjadi kapal latihan bagi kadet laut.
Schleswig-Holstein melepaskan tembakan pertama Perang Dunia II ketika ia mengebom pangkalan Poland di DanzigWesterplatte pada awal pagi 1 September 1939. Kapal ini digunakan sebagai kapal latihan di sepanjang peperangan, dan telah ditenggelamkan oleh pengebom British di Gotenhafen pada Disember 1944. Schleswig-Holstein kemudian diselamatkan dan didamparkan ke pantai untuk digunakan oleh Tentera Laut Soviet sebagai bahan sasaran. Pada tahun 1990, loceng kapal telah dipamerkan pada Muzium Sejarah Ketenteraan Bundeswehr di Dresden.
Breyer, Siegfried (1992). Linienschiffe Schleswig-Holstein und Schlesien: Die "Bügeleisen" der Ostsee. Friedberg: Podzun-Pallas-Verlag GmbH. ISBN3-7909-0463-5.
Campbell, John (1998). Jutland: An Analysis of the Fighting. London: Conway Maritime Press. ISBN978-1-55821-759-1.
Campbell, N. J. M. & Sieche, Erwin (1985). "Germany". Dalam Gardiner, Robert & Gray, Randal (penyunting). Conway's All the World's Fighting Ships, 1906–1921. Annapolis: Naval Institute Press. m/s. 134–189. ISBN978-0-87021-907-8.
Domarus, Max (1990). Speeches and Proclamations, 1932–1945: The Chronicle of a Dictatorship. Wauconda: Bolchazy-Carducci. ISBN0-86516-228-X.
Evans, Richard J. (2009). The Third Reich at War. New York: Penguin Group. ISBN978-1-59420-206-3.
Grießmer, Axel (1999). Die Linienschiffe der Kaiserlichen Marine: 1906–1918; Konstruktionen zwischen Rüstungskonkurrenz und Flottengesetz [The Battleships of the Imperial Navy: 1906–1918; Constructions between Arms Competition and Fleet Laws] (dalam bahasa Jerman). Bonn: Bernard & Graefe Verlag. ISBN978-3-7637-5985-9.
Hargreaves, Richard (2010). Blitzkrieg Unleashed: The German Invasion of Poland, 1939. Mechanicsburg: Stackpole Books. ISBN9780811707244.
Herwig, Holger (1998) [1980]. "Luxury" Fleet: The Imperial German Navy 1888–1918. Amherst: Humanity Books. ISBN978-1-57392-286-9.
Hildebrand, Hans H.; Röhr, Albert & Steinmetz, Hans-Otto (1993). Die Deutschen Kriegsschiffe: Biographien: ein Spiegel der Marinegeschichte von 1815 bis zur Gegenwart (Band 7) [The German Warships: Biographies: A Reflection of Naval History from 1815 to the Present (Volume 7)] (dalam bahasa Jerman). Ratingen: Mundus Verlag. ISBN978-3-7822-0267-1.
London, Charles (2000). Jutland 1916: Clash of the Dreadnoughts. Oxford: Osprey Publishing. ISBN978-1-85532-992-8.
Murray, Williamson & Millet, Allan Reed (2000). A War to be Won. Cambridge: Harvard College. ISBN978-0-674-00163-3.
Nauck, Hans E. (1997). "Damage to German Warships at the End of WW II". Warship International. Toledo: International Naval Research Organization. XXXIV (3): 304. ISSN0043-0374.
Rohwer, Jürgen (2005). Chronology of the War at Sea, 1939–1945: The Naval History of World War Two. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN978-1-59114-119-8.
Schultz, Willi (1992). Linienschiff Schleswig-Holstein: Flottendienst in drei Marinen. Herford: Koehlers Verlagsgesellschaft mbH. ISBN3-7822-0502-2.
Sieche, Erwin (1980). "Germany". Dalam Gardiner, Robert & Chesneau, Roger (penyunting). Conway's All the World's Fighting Ships, 1922–1946. Annapolis: Naval Institute Press. m/s. 218–254. ISBN978-0-87021-913-9.
Staff, Gary (2010). German Battleships: 1914–1918. 1: Deutschland, Nassau and Helgoland Classes. Oxford: Osprey Books. ISBN978-1-84603-467-1.
Tarrant, V. E. (2001) [1995]. Jutland: The German Perspective. London: Cassell Military Paperbacks. ISBN978-0-304-35848-9.
Williamson, Gordon (2003). German Battleships 1939–45. Oxford: Osprey Publishing. ISBN978-1-84176-498-6.
Dodson, Aidan (2014). Jordan, John; Dent, Stephen (penyunting). "Last of the Line: The German Battleships of the Braunschweig and Deutschland Classes". Warship 2014. London: Conway Maritime Press: 49–69. ISBN978-1-59114-923-1.
Dodson, Aidan; Cant, Serena (2020). Spoils of War: The Fate of Enemy Fleets after the Two World Wars. Barnsley: Seaforth Publishing. ISBN978-1-5267-4198-1.
Koop, Gerhard & Schmolke, Klaus-Peter (2001). Die Panzer- und Linienschiffe der Brandenburg-, Kaiser Friedrich III-, Wittlesbach-, Braunschweig- und Deutschland-Klasse [The Armored and Battleships of the Brandenburg, Kaiser Friedrich III, Wittelsbach, Braunschweig, and Deutschland Classes] (dalam bahasa Jerman). Bonn: Bernard & Graefe Verlag. ISBN978-3-7637-6211-8.
Rozsko, Janusz & Żebrowski, Jacek (1995). 4.47 – otworzyć ogień na Westerplatte! Dziennik działań bojowych pancernika "Schleswig-Holstein" od 25.08. do 7.09.1939 = 4.47 – Feuererlaubnis auf Westerplatte! Kriegstagebuch Linienschiff Schleswig-Holstein" für die Zeit von 24.08. bis 14.09.1939. Krakow: Sponsor. ISBN978-83-85846-23-9.