Cara panggilan rasmi warga tentera untuk pangkat Vizeadmiral (OF-8) ialah "Herr/Frau Vizeadmiral". Namun, seperti tradisi tentera laut Jerman “Vizeadmiral“ akan dipanggil "Herr/Frau Admiral".
Insignia pangkat dan pengtakrifan
Insignia pangkat, yang dipakai pada pergelangan baju dan bahu, merupakan satu bintang bucu lima di atas baris lebar berwarna emas dan dua baris sederhana (tanpa bintang apabila gelung pangkat jenis slip-on dipakai). Ia merupakan gred B8 dalam peraturan gaji Kementerian Pertahanan Persekutuan.
Di dalam VolksmarineGDR terdapat tiga pangkat pegawai berbendera: Konteradmiral, Vizeadmiral, dan Admiral. Majlis Negara GDR memutuskan dari 25 Mac 1982 untuk memperkenalkan pangkat Flottenadmiral.
Insignia pangkat tersebut terdiri daripada papan bahu dan jalur lengan. Papan bahu mesti dipakai pada jaket seragam dan diperbuat daripada pintalan tocang emas (disemat satu pip atau bintang) dengan pelapik warna biru kelasi.
Insignia lengan mempunyai satu baris lebar warna emas, dua baris sederhana, dan satu bintang bucu lima di atas.
Di dalam K.u.K. Kriegsmarine Austria-Hungary (1849 hingga 1918) terdapat pangkat pegawai berbendera Kontreadmiral (juga dieja Konterdmiral pada abad ke-20), Viceadmiral , dan Admiral, serta Grossadmiral.