Lema

Lema
JenisPenapaian, lauk, hidangan ikan Sunting ini di Wikidata
Tempat asal Indonesia
Kawasan/rantauBengkulu[1]
Dicipta olehSuku Rejang
Bahan yang biasa digunakanRebung buluh, ikan, Cili Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lema atau lemah, lemeah, lemag adalah makanan khas etnik Rejang. Lema berasal dari bahasa Rejang lemeah yang bererti perasaan lemah atau tidak bertenaga kerana menikmati masakan tersebut.[1]

Lema terbuat daripada rebung muda yang dicingcang halus dan ikan air tawar seperti ikan tilapia dan sepat. Selepas itu, lema ditambah air dan disimpan dalam bekas yang tertutup rapat beralas daun pisang seperti proses untuk membuat tapai. Makanan ini disimpan selama tiga hingga lima hari untuk proses penapaian. Setelah beberapa hari, lema sudah siap untuk dimasak untuk dijadikan lauk bersama nasi hangat.[1][2][3]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b c (Indonesia) Lema, Sajian Bengkulu Yang Populer di Jepang beritagar.id
  2. ^ (Indonesia) Lemag, Lemah, Lema Budaya Indonesia
  3. ^ (Indonesia) Sambal Lema, Kuliner Khas Rejang Lebong Pedoman Bengkulu

Pautan luar