Dodol Garut (Tulisan Sunda: ᮓᮧᮓᮧᮜ᮪ ᮍᮛᮥᮒ᮪) merupakan makanan ringan khas Sunda daripada Kota Garut, Jawa Barat.[1] Terdapat pelbagai jenis dodol Garut, antaranya dodol bijan, dodol kacang, aneka dodol buah-buahan, chocodot (coklat isi dodol pertama di dunia), dodol piknik yang merupakan dodol paling terkenal dan menjadi salah satu ikon Kota Garut dan lain-lain lagi. Dodol ini termasuk makanan ringan yang rasanya manis dan lazat.[1][2]
Sejarah
Dodol Garut dimulakan dengan industri sejak tahun 1926 yang diperkasakan oleh Ibu Karsinah. Semasa proses pembuatan serta bahan asas yang digunakan sangat sederhana, antaranya ialah tepung beras pulut, gula, susu dan juga santan kelapa tanpa menggunakan bahan pengawet.[1][2][3]