Bandeng presto (bahasa Jawa: ꦧꦤ꧀ꦢꦼꦁꦥꦿꦺꦱ꧀ꦠꦺꦴ, translit. Bandeng prèsto) ialah makanan khas Indonesia yang berasal daripada Juwana, Jawa Tengah.
Sejarah
Bandeng presto diciptakan pada tahun 1977 oleh Hanna Budimulya.[1] Pada mulanya, Bandeng Presto dibuat secara kecil-kecilan. Namun begitu, kerana terkenal dalam kalangan pengguna, pengeluaran bandeng presto semakin berkembang dan menjadi makanan khas daripada Kota Semarang.[2]
Penyediaan dan bahan
Makanan ini terbuat daripada ikan susu yang sudah dirempahi dengan bawang putih, kunyit dan garam.[3] Ikan susu ini kemudian dimasak dengan beralaskan daun pisang menggunakan kaedah periuk tekanan. Periuk tekanan adalah kaedah memasak dengan tekanan tinggi. Makanan yang dimasak dengan cara ini akan dimasukkan ke dalam kuali yang boleh dikunci dengan rapat. Air di dalam kuali ini kemudian dipanaskan sehingga mendidih. Wap air yang timbul akan memasakkan makanan di dalam kuali. Bandeng presto terkenal kerana bahan yang digunakan, iaitu ikan susu; ikan ini memiliki banyak duri dan cara memasaknya dengan menggunakan kaedah tekanan tinggi. Oleh kerana kaedah tekana tinggi digunakan, duri yang terdapat dalam ikan susu akan menjadi lembut dan empuk.[4]
Rujukan
Pautan luar