Nasi grombyang

Nasi grombyang adalah sejenis nasi campur yang merupakan makanan khas dari masyarakat Pemalang, Jawa Tengah.[1]

Nama makanan ini berasal daripada kaedah penyajiannya iaitu antara isi dan kuah yang banyak sehingga kelihatan seakan-akan bergoyang. Dalam bahasa Jawa grombyang-grombyang bermaksud bergoyang-goyang.[1]

Ramuan nasi grombyang terdiri daripada nasi, hirisan daging kerbau atau daging lembu dan kuah. Makanan ini disajikan dalam mangkuk kecil dan dilengkapi dengan sate daging kerbau.[2][3]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b "Nikmatnya Nasi Grombyang Bikin Lidah Bergoyang". Indonesia.Go.Id (dalam bahasa Indonesia). 31 October 2019. Dicapai pada 26 October 2020.
  2. ^ "Nasi Grombyang Ikon Kuliner Pemalang Ikhlas". Komposiana (dalam bahasa Indonesia). 31 December 2017. Dicapai pada 26 October 2020.
  3. ^ "Nikmatnya Nasi Grombyang Pemalang yang Bergoyang-goyang". Genpi.ID (dalam bahasa Indonesia). 22 October 2019. Dicapai pada 26 October 2020.

Pautan luar

Wikibooks
Wikibooks