Sabak Bernam
Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang terletak di barat laut negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan negeri Perak di utara dan Sungai Bernam membentuk garis sempadan tersebut. Selain itu, Daerah Sabak Bernam juga berhampiran dengan Hulu Selangor terletak di timur, Kuala Selangor di selatan serta Selat Melaka di barat. Bandar utama di sini adalah pekan Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan. Daerah ini juga terkenal dengan penduduk berketurunan Jawa, Banjar dan Kampar. EtimologiSabak Bernam dikatakan dibuka oleh enam orang yang bersahabat. Dari situlah munculnya nama "sabak bernam' yakni "sahabat berenam". [4] EkonomiKegiatan ekonomi kawasan ini bersangkut-paut dengan aktiviti pertanian seperti penanaman padi, kelapa dan kelapa sawit serta aktiviti perikanan. Sabak Bernam merupakan kawasan penanaman padi yang penting di Selangor, yang tertumpu di sekitar Sungai Besar dan Sekinchan. Sekitar 1970-an, terdapat banyak kebun koko diusahakan oleh pekebun kecil di daerah ini. Ekonomi di daerah ini juga disumbang oleh sektor perniagaan dan peruncitan. Sekitar tahun 2020, terdapat 17 hotel yang beroperasi, 348 restoran dan 76 kedai runcit di sekitar daerah. PentadbiranPihak berkuasa tempatanDaerah Sabak Bernam dikawal selia oleh Majlis Daerah Sabak Bernam Pecahan pentadbiran![]() Daerah ini dibahagikan kepada lima mukim dan 11 pekan. PolitikPihak Berkuasa Tempatan (PBT)Kawasan di dalam daerah Sabak Bernam di bawah pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam. Ahli Parlimen
Ahli Dewan Negeri (ADN)
DemografiBerdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Sabak Bernam ialah seramai 107,057 orang dengan kepadatan penduduk 107 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 76.6 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak empat peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5] Jumlah penduduk lelaki 4.2 peratus lebih daripada penduduk wanita dengan nisbah jantina sebanyak 109. Lebih 71 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 26 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 9 ribu orang merupakan warga tua.
AgamaMajoriti penduduk daerah ini beragama Islam iaitu sekitar 76 peratus dari keseluruhan penduduk. Penduduk bukan beragama Islam terdapat sekitar 24 peratus, yang terbesar merupakan penganut Buddha sekitar 17.4 peratus diikuti Hindu sebanyak 3.7 peratus, Kristian sebanyak 0.6 peratus dan selebihnya (1.9 peratus) menganut agama yang lain. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.4 peratus dari keseluruhan penduduk.[5] InfrastrukturDaerah Sabak Bernam merupakan sebuah bandar yang membangun dan mempunyai infrastruktur yang terjaga. Pada tahun 2020, terdapat sebanyak 64 institusi pendidikan, sebuah hospital kerajaan, enam balai polis dan tiga balai bomba di sekitar daerah.[5] Pautan luarRujukan
|