Pekan Pandamaran
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Daerah Daerah Klang
Mukim Pekan Pandamaran
Keluasan N/A
Pandamaran merupakan sebuah bandar kecil berhampiran bandar Klang , Selangor , Malaysia . Antara tempat berdekatan dengan Pandamaran ialah Shah Alam , Padang Jawa , Kota Kemuning dan Jalan Kebun.
Pandamaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Klang dan diwakili oleh ahli parlimen Klang Charles Santiago yang menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 . Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Pandamaran ialah Ronnie Liu Tian Khiew .
Pandamaran merupakan kawasan perindustrian bagi menampung limpahan kilang-kilang di Shah Alam , Klang dan Petaling Jaya . Tambahan pula ia berdekatan dengan Pelabuhan Klang , Lapangan Terbang Subang , Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kawasan perindustrian Shah Alam.
Asalnya Pandamaran sebuah kampung baru Cina iaitu Kampung Baru Pandamaran sekitar tahun 1950-an berikutan Rancangan Briggs untuk menghapuskan pengganas komunis keturunan Cina yang berleluasa di Selangor .
Banyak kemudahan awam dibina.
Pendidikan