Batang Kali merupakan sebuah mukim yang juga merupakan bandar di Hulu Selangor. Batang Kali diklasifikasikan sebagai bandar utama kategori satu di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Batang Kali juga dikira sebagai tempat persinggahan untuk ke Genting Highlands, First World Hotel & Plaza. Bandar ini pernah menjadi tempat laluan dalam perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi pada tahun 2020. Batang Kali terletak di dalam mukim Batang Kali.
Pusat pertumbuhan utama di kawasan Batang Kali tertumpu di mukim Batang Kali yang dinamakan sebagai Bandar Utama Batang Kali. Mukim Batang Kali juga turut merangkumi sebahagian kawasan Genting Highlands seluas 1133.12 hektar di Gunung Ulu Kali. Berikut merupakan antara pertumbuhan di mukim Batang Kali:
Pusat perniagaan dan kawasan perumahan Ligamas (Seksyen 3)
Pusat perniagaan Usel Maju dan kawasan perumahan Tamu Hill Park (Seksyen 4)
Pusat Perdagangan Ara (Seksyen 5)
Pembangunan di kawasan Batang Kali menjadi semakin meriah setelah pengisytiharan Majlis Daerah Hulu Selangor kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada 21 Oktober 2021 yang lalu. Kawasan Batang Kali membangun dengan pesatnya disebabkan kemudahan awam yang tinggi seiring dengan kawasan elit di pusat bandar. Walaupun kawasan ini berada pada kedudukan Utara Selangor yang agak jauh dari Kuala Lumpur, Batang Kali tetap disambut meriah oleh warga Malaysia dari pelbagai arah. Akibat daripada keindahan flora dan fauna yang terdapat di kawasan Batang Kali dan sekitarnya membuatkan ramai orang tertarik untuk menetap di sini. Tidak lupa juga, Batang Kali turut hadir dengan kawasan ekopelancongan yang indah dan mendamaikan seperti Rumah Hutan Bonda Rozita, Huda's Heaven Resort, Teratak Tok Alang dan sebagainya.
Perkembangan Pembangunan di Bandar Utama Batang Kali
Pembangunan di Bandar Utama Batang kali mula berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan dengan kepadatan penduduk yang semakin meningkat. Ini berdasarkan pembangunan infrastruktur dan prasarana di kawasan Batang Kali seperti pasaraya Econsave, pusat beli belah Ligamas OASIS Street Mall, stesen keretapi Batang Kali dan deretan bangunan kedai yang memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan tersebut.
Antara projek pembangunan di Bandar Utama Batang Kali adalah merangkumi perumahan dan pusat perniagaan, seperti:
Kondominium Bayan Residence di Taman Bayan
Genting Valley (Ion Belian Garden) di Kg. Genting Malek
Daerah Hulu Selangor mempunyai identitinya yang tersendiri di mana setiap jalan di bandar-bandar Hulu Selangor akan dinamakan mengikut kategori-kategori alam sekitar seiring dengan persekitaran yang menghijau di daerah ini. Bagi mukim Batang Kali, penamaan sesebuah jalan ditetapkan mengikut 'sistem penamaan pokok'. Berikut merupakan simbolik bagi penamaan jalan di kawasan Batang Kali mengikut mukim:
Bas ulang-alik Aerobus laluan BTGGH KTM Batang Kali - Terminal Bas Awana, Genting Highlands (digantung sementara)
Kemudahan Sosial
Masjid dan surau
Masjid Bandar Utama Batang Kali
Masjid Kg. Sungai Masin
Masjid As-Sajidin, Kg. Sentosa
Surau Al-Mustaqim, Tamu Hill Park
Surau At-Taqwa, Tamu Hill Park
Surau Al-Iman, Ligamas
Surau Al-Ihsan, Ligamas
Surau Taman Seri, Batang Kali
Surau Genting Permai, Batang Kali
Surau Nurul Falah, Kg. Kalong Hilir
Kuil
Bank & ATM
Public Bank
ATM & CDM - CIMB Bank
ATM & CDM - Maybank
ATM & CDM - Bank Kerjasama Rakyat
Balai Polis
Balai Polis Batang Kali
Klinik
Klinik Komuniti Batang Kali
Pasar awam dan pasaraya besar
Pasar awam Batang Kali
Kompleks Perniagaan Hulu Yam Bharu
Pasaraya Econsave
Pasaraya Segi Fresh
Pasaraya YST
Stesen minyak
Stesen minyak Petronas Batang Kali 1
Stesen minyak Petronas Batang Kali 2
Stesen minyak Shell Batang Kali
Stesen minyak Caltex Batang Kali
Medan selera
Medan Selera Bandar Utama Batang Kali
Medan Selera Dewan Dato' Abdul Hamid
Dewan dan auditorium
Dewan Dato' Abdul Hamid
Dewan Orang Ramai Batang Kali
Auditorium Dato' Abdul Hamid
Pusat beli belah
Ligamas OASIS Street Mall
Taman awam
Taman Awam Semarak
Perkhidmatan pengeposan
Pos Malaysia
DHL e-commerce
Nationwide Express
Posstore Malaysia
ParcelHub Batang Kali
Kemudahan Lain
Restoran makanan segera
A&W - Seksyen 5 (akan dibuka)
Domino's Pizza - Seksyen 4
KFC - Seksyen 3
KungFu Sushi - Econsave Batang Kali
Marrybrown - Seksyen 4
Pizza Hut - Seksyen 4
Subway - Seksyen 5
Kafe
Baker's Cottage - Seksyen 4
Bask Bear Coffee - Seksyen 3
Bean with Me - Seksyen 5
Coolblog - Econsave Batang Kali
Costa Coffee - Shell Batang Kali
Deli2go - Shell Batang Kali
Kopi Saigon - Seksyen 5
Mammabunz - Econsave Batang Kali
Mykōri - Seksyen 5
Richiamo Coffee - Seksyen 5
Secret Recipe - Seksyen 4
Tealive - Petronas Batang Kali 2
Wakaka F&B - Segi Fresh Batang Kali, Seksyen 5
ZUS Coffee - Seksyen 4
Kedai runcit
7-Eleven - Jalan Jati, Seksyen 3 dan 5
99speedmart - Seksyen 3, 4 dan 5
CU Mart - Seksyen 5
FamilyMart - Caltex Batang Kali
KK Super Mart - Seksyen 3
Kedai barangan kelengkapan seharian
Al-Ikhsan Sports - Ligamas OASIS Street Mall
Chan Furniture - Seksyen 4
Eco-Shop RM2.40 - Seksyen 5
Guardian - Seksyen 5
HappyHome - Seksyen 5
MR.DIY - Ligamas OASIS Street Mall
Pasaraya Hari-Hari - Seksyen 4
Pasaraya Ku - Seksyen 4
Pasaraya MM - Seksyen 5
Pasaraya Penko - Seksyen 5
Pasaraya Rakan - Seksyen 5
Pasaraya Yang Yang - Seksyen 5
Setia RM2.40 - Seksyen 5
SWC Enterprice - Seksyen 4, Seksyen 5
Watsons - Caltex Batang Kali
As Sauda - L
Pelancongan
Batang Kali sememangnya terkenal dengan pemandangan yang gian dan memukau mata dengan kepelbagaian tempat pelancongan, khususnya ekopelancongan. Berikut merupakan beberapa lokasi ekopelancongan yang terkenal yang boleh anda lawati di sekitar Batang Kali:
Huda's Heaven Resort
Rumah Hutan dan Rumah Sungai Bonda Rozita
Eko Murai Rimba
Sojuk Riverside
Dusun Bonda
Kolam Air Panas Hulu Tamu
Cholo-Cholo Hot Spring & Resort
Teratak Tok Alang
Ratu Rening Resort
82 Rening
Restu Ibu Resort
Rimba Kalong Eco Resort
Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Batang Kali
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
Sekolah Rendah Agama Batang Kali
Sekolah Rendah Agama Bandar Utama Batang Kali
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Batang Kali
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kg Gurney
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choong Chee
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batang Kali
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali