Sungai Bernam

Sungai Bernam
Lokasi
NegaraMalaysia

Sungai Bernam menjadi garis sempadan antara negeri Selangor dan negeri Perak. Sungai Bernam mengalir dari Gunung Liang Timur (1933 m). Puncak Gunung Liang Timur menjadi titik sempadan 3 negeri iaitu Perak, Selangor dan Pahang. Gunung ini terletak di Banjaran Titiwangsa.

Hulu Sungai Bernam agak tinggi dan sesuai ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit. Terdapat suatu kawasan paya di hilir sungai ini yang telah ditebusguna berikutan pengaliran keluar hasil pembinaan sistem terusan dan pengairan bagi mengeringkan air yang bertakung. Kini seluruh kawasan ini ditanam dengan padi sawah.

Beberapa lokasi di Sabak Bernam telah dijumpai beberapa artifak purbakala. Kerja-kerja ekskavasi telah dijalankan oleh ahli arkeologi dari beberapa universiti dan Muzium Shah Alam.

Senarai Mangsa Lemas

  • Edward Grang Anak Lelaki Jenggut (mandi dekat Teratak View Lubuk Gelap), 8 tahun, 3 Jun 2023[1]

Rujukan