Denai Alam dapat dicapai dengan menggunakan perkhidmatan bas awam yang disediakan oleh Rapid KL; iaitu laluan T772 dalam Koridor Lebuhraya Persekutuan. Perkhidmatan bas laluan T772 bermula di hentian bas Stesen MRT Kwasa Sentral (kod hentian bas – SA1020) di Persiaran Kwasa Puteri dalam kawasan Kwasa Damansara menuju ke Taman Bukit Subang dengan melewati Denai Alam, Taman Subang Perdana (Seksyen U3 Shah Alam), Subang, dan Seksyen U6 Shah Alam.[1] Laluan bas T772 merupakan laluan bas peranatara MRT Laluan Kajang dan merupakan satu daripada lima laluan bas yang berkhidmat di hentian bas Stesen MRT Kwasa Sental.[1][2]