Kelapa (Jawi: کلاڤcode: ms is deprecated ), nyiur, nyior, kerambil atau kerambir (nama botani: Cocos nucifera)[2] ialah satu-satunya spesies tumbuhanpalma yang wujud dalam genusCocos[1]keluargaArecaceae. Pokok ini bertaburan luas di semua kawasan tropika Bumi.
Tumbuhan ini amat dimanfaatkan banyak masyarakat yang menggunakan hampir semua bahagian pokok untuk pelbagai tujuan, tidak sahaja buah tetapi juga daun dan batangnya, sehingga ia sering mendapat gelaran "pokok seribu guna".
Peristilahan
Perkataan nyiur dan nyior (dua-dua dalam Jawi: ڽيورcode: ms is deprecated ) diturunkan daripada akar Melayu-Polinesia *niuʀ.[3][4] Bentuk bahasa Melayu Kunonya ñīyur antara salah satu dari empat jenis pokok palma yang disebut-sebutkan dalam Batu Bersurat Talang Tuo dari tahun 684 M.[5]:39
Carl Linnaeus menamakan genus Cocos terus daripada perkataan bahasa Portugiscoco.[7] Perkataan coco dijejak kepada penjelajah-penjelajah Portugis dan Sepanyol yang melihat tempurung buah kelapa ada tiga lubang yang menyerupai bahagian muka,[8][9][10][11] muka ini mengingatkan mereka kepada sejenis raksasa seperti hantu dalam cerita rakyat mereka dipanggil coco atau côca.[11][12]
Asal
Kajian genetik moden yang terbaharu menempatkan tempat asal kelapa atau nyiur di kawasan tropika bertemunya barat Lautan Pasifik/Teduh dan timur Lautan Hindi antara kepulauan Nusantara di Asia Tenggara dan Melanesia, di mana spesies-spesies pokok ini menunjukkan banyak kepelbagaian ciri genetik dalaman.[13][14][15][16] Titik tumpu ini turut diselidik daripada hubung kait taburan spesies-spesies ketam kelapa dan serangga yang bergantung kepada tumbuhan ini, di mana kawasan kepulauan Asia Tenggara dikira mempunyai 90% kepadatan berbanding yang ada di benua-benua Amerika dan Afrika yang masing-masing mempunyai kepadatan sebanyak 20% dan 4%.[17]
Rekod fosil di New Zealand menunjukkan pokok kecil seperti kelapa tumbuh di situ semenjak 15 juta tahun dahulu. Fosil yang lebih tua telah dijumpai di Rajasthan, India. Walau dari manapun asal pokok kelapa, ia telah tersebar disebahagian besar kawasan tropika, terutamanya sepanjang persisiran pantai. Oleh kerana buah kelapa ringan dan timbul, pokok kelapa mudah tersebar oleh arus laut yang mampu membawa buah kelapa pada jarak yang jauh. Pokok kelapa hidup subur di tanah berpasir, paya dengan banyak cahaya matahari dan hujan yang tetap (75-100 sm setahun), yang menjadikan koloni di pantai agak mudah. Buah yang dikumpulkan dari laut jauh ke utara seperti Norway telah di dapati masih utuh dan mampu tumbuh setelah diberikan keadaan yang sesuai. Bagaimanapun di Kepulauan Hawaii, pokok kelapa dianggap sebagai spesies yang diperkenalkan oleh pelayar-pelayar Polinesia dari kepulauan asal mereka di Pasifik Selatan.
Botani
Pokok dan daun
Pokok kelapa adalah tumbuhan saka yang besar, ia mampu tumbuh setinggi 30 meter.[2]
Daun pelepah sebatang pokok kelapa yang matang berukuran sampai 6 meter panjang. Sehelai daun ini dibentuk daripada sepasang baris 15-20 anak daun dalam satu batang tulang, sehelai anak daun ini yang berukuran 1 hingga 1.5 meter panjang.[2][25] Bilah-bilah anak daun ini disusun setangkup.[26]:50Upihnya kasar dan senang mengurai.[26]:47 Pelepah yang tua luruh meninggalkan batang pokok yang licin.[27]
Daun pelepah pokok kelapa muda.
Tulang daun pelepah kelapa.
Bunga
Pokok kelapa berbunga pada usia 4-6 tahun.[28]:109 Bunga-bunga kelapa kecil dan disusun pada tangkai mayang panjang yang tumbuh pada jambak dari ketiak daun-daun baharu pokok. Setangkai mayang kelapa yang berukuran antara 1.0 sehingga 1.2 meter, ia mempunyai satu bunga betina yang menguncup di pangkalnya dan 8,000 bunga jantan di depannya. Batang-batang mayang kelapa yang masih muda tumbuh membesar berbalut dalam 2 helai seludang, seludang-seludang ini tebal dan tajam di tepinya.[29][28]:109-110
Bunga jantan kelapa di depan tangkai mayang kembang dahulu sampai bunga-bunga di belakangnya untuk melepaskan debunya, bunga-bunga ini gugur selepas melepaskan debu di tengah hari.[28]:110
Mayang kelapa yang keluar daripada seludangnya.
Beberapa tangkai mayang kelapa.
Hujung setangkai mayang kelapa penuh dengan bunga-bunga jantan.
Beberapa kuntum bunga jantan kelapa yang gugur di tangan.
Buah
Sebiji buah kelapa terdiri daripada tempurung iaitu kulit keras yang mengandungi isirong putih dan air yang manis dan wangi, tempurung ini ditutupi sabut yang gentian kasar dan tebal.[30][31] Tempurung buahnya mempunyai tiga liang percambahan yang jelas kelihatan di permukaan luar apabila sabutnya dibuang. Pucuk embrio benih kelapa yang bercambah akan keluar melalui salah satu liang ini.
Secara botani, buah kelapa merupakan "buah kering" yang dikenali sebagai drup.
Penanaman
Buah kelapa tua dibiarkan bercambah dan ditanam di tapak tetap dan turut ditanam pindah sebagai pokok hiasan dalam lanskap. Bagi kelapa yang tinggi ia selalunya lambat matang dan berbunga semasa usia 6-10 tahun. Kelapa tinggi boleh hidup sampai 100 tahun dan tahan lasak iaitu boleh tumbuh dalam pelbagai keadaan dan jenis tanah.
Bagi kelapa rendah, ia berbunga 3 tahun selepas ditanam dengan ketinggian tidak melebihi 1 meter. Kelapa rendah mungkin memberi hasil sehingga berusia 70 tahun.
Penyakit dan perosak
Pokoknya boleh dijangkiti penyakit yang disebabkan kulat, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan paksi tengah pokok menjadi busuk, batang menjadi reput dan berdaun kuning. Kulat juga boleh membunuh pokok kelapa. Perosak yang paling besar adalah kumbang badak dan kumbang hitam. Buah kelapa dimakan tupai dan di sesetengah tempat buahnya dimakan ketam kelapa.
Varieti
Varieti-varieti kelapa yang terdapat di Malaysia ialah:-
Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall )
Kelapa Rendah Merah Malaya (Malayan Red Dwarf, MRD)
Kelapa Rendah Kuning Malaya (Malayan Yellow Dwarf, MYD)
Kelapa Rendah Hijau Malaya (Malayan Green Dwarf, MGD)
Susunan varieti kelapa di Malaysia semasa di MAHA.
Varieti kelapa jantung.
Kegunaan
Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya bahagian akar dan pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah, nama pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan".
Buah
Air daripada buah kelapa boleh diminum dan isi kelapa yang lembut boleh dimakan mentah. Kelapa muda juga dikukus, direbus atau dipanggang sebelum airnya diminum dan isinya dimakan. Buah kelapa yang tua boleh dikukur atau diparut, isi buah yang diparut ini boleh diperah menjadi santan yang digunakan dalam pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih. Santan yang dimasak dalam tempoh yang mencukupi boleh dipecahkan menjadi minyak[2] yang tidak sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan malah juga sebagai bahan api pelita dan bahan mentah membuat barangan seperti sabun.
Sisa-sisa yang ditinggalkan dari pemerolehan isi buah ini juga tidak terbazir. Sabut kelapa tua boleh dibuat tali, tikar dan berus[2] mahupun sebagai alas penanaman tumbuhan tertentu seperti anggerik. Tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk apabila dibakar dan barangan kraftangan. Serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian.
Daun
Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan, urat daunnya yang keras boleh dijadikan lidi batang penyapu atau sate.[2]
Bunga
Tandan atau mayang bunga kelapa yang masih muda dipakai orang untuk hiasan dalam upacara perkahwinan dengan simbol tertentu. Bunga betina atau buah mudanya dapat dimakan. Malah, bahan mayang ini turut dipakai dalam pembuatan sejenis hidangan gudeg dalam kalangan orang Jawa disebut gudeg manggar.
Nektar manis yang keluar dari tangkai bunga pokok yang ditoreh yakni nira dapat diminum segar mahupun ditapaikan lanjut sebagai minuman keras iaitu tuak atau diproses menjadi gula.
Batang pokok
Batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti papan, dinding dan lantai. Pangkal pucuk batang pokok kelapa iaitu "umbut" boleh dimakan mentah atau dimasak seperti sayur atau dengan kari.[2]
Kepercayaan
Upacara-upacara sembahyang agama Hindu sering melibatkan penggunaan buah kelapa.[32] Salah satu betara disembah masyarakat menganut agama ini iaitu dewi Lakshmi sering digambarkan memegang buah ini.[33]
^Wilkinson, Richard James (1932). "kĕrambil, kĕrambir". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 566 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
^Furtado, C. X. (1964). "On The Etymology Of The Word Cocos"(PDF). Principes. 8: 107-112. Dicapai pada 5 November 2022 – melalui International Palm Society.
^Figueiredo, Cândido (1940). Pequeno Dicionário da Lingua Portuguesa (dalam bahasa Portugis). Lisbon: Livraria Bertrand.
^Perera, Lalith; Perera, Suriya A.C.N.; Bandaranayake, Champa K.; Harries, Hugh C. (2009). "Chapter 12 – Coconut". Dalam Vollmann, Johann; Rajcan, Istvan (penyunting). Oil Crops. Springer. m/s. 370–372. ISBN978-0-387-77593-7.
^C.R., penyunting (April 2006). "Cocos nucifera (coconut), version 2.1"(PDF). Species Profiles for Pacific Island Agroforestry. Permanent Agriculture Resources, Hōlualoa, Hawai‘i. Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada Oktober 20, 2013. Dicapai pada Disember 22, 2016.
^ abBaudouin, Luc; Lebrun, Patricia (26 Julai 2008). "Coconut (Cocos nucifera L.) DNA studies support the hypothesis of an ancient Austronesian migration from Southeast Asia to America". Genetic Resources and Crop Evolution. 56 (2): 257–262. doi:10.1007/s10722-008-9362-6. S2CID19529408.
^Elevitch, Craig R., penyunting (2006). Traditional trees of Pacific Islands : their culture, environment, and use. kata pengantar oleh Isabella Aiona Abbott dan Roger R. B. Leakey (ed. pertama). Hōlualoa, Hawaii: Permanent Agriculture Resources. ISBN978-0970254450.
^Osmond, Meredith (1998). "Horticultural practices"(PDF). Dalam Ross, Malcolm; Pawley, Andrew; Osmond, Meredith (penyunting). The lexicon of Proto Oceanic : The culture and environment of ancestral Oceanic society. 1. Pacific Linguistics. m/s. 115–142. doi:10.15144/PL-C152.115.
^Noresah Baharom; Hasnah Mohamed; Nor Rashidah Johari, penyunting (1990). Kamus Biologi KBSM. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 35. ISBN983-62-1868-8.
^"Coconut botany". Agritech Portal. Universiti Pertanian Tamil Nadu. Disember 2014. Dicapai pada 25 Oktober 2024.