Khaidhirah Abu Zahar
Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar (lahir 2 Mac 1984) ialah seorang ahli politik, pelakon, pengacara dan pengarah Malaysia dan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Isnin yang menjawat jawatan itu dari 23 Mei 1997 hingga 2 Disember 1999.[1] Beliau mencipta sejarah sebagai selebriti pertama yang dipilih sebagai wakil rakyat apabila memenangi di DUN Rim ketika Pilihan raya negeri Melaka 2021 pada 20 November 2021.[2] Beliau juga telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka bermula 27 Disember 2021[3] Kehidupan awalBeliau dilahirkan sebagai Khaidiriah binti Abu Zahar pada 2 Mac 1984 di Merlimau, Melaka, anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar bin Haji Isnin. Datuk Dira memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dan mempunyai hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi. KerjayaLakonanDatuk Dira pernah menjadi pengacara di rancangan televisyen Fulus Mania, Jom Ronda bersama Proton dan Melodi. Antara drama yang pernah dilakonkannya termasuk Delima, Cinta Tanpa Suara, Rona Roni Makaroni, Merah Putih, Seratus Hari jadi, Tower 13, Aki Nabalu, Arjuna, Perempuan, Dua Kali Mencintai Mu, Crossings dan Aku Bukan Dia. Beliau pernah berlakon dalam filem My Indie Rock Darling. Datuk Dira juga turut terbabit dalam persembahan teater Kompilasi Vol II (Legasi) dan Tanda. Beliau juga turut terbabit dalam penulisan skrip seperti untuk filem drama Syawal Aku Dan Dia di TV AlHijrah.[4] Dira pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro. Beliau telah membintangi beberapa buah filem seperti Untuk Tiga Hari, Chow Kit, Kil, Lari, dan Longkai. Datuk Dira membintangi bersama Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong dalam filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang, yang ditayangkan pada Mac 2017.[5] Datuk Dira menduduki kerusi pengarah dengan mengarahkan pementasan teater Mencari Sumaiyah yang memulakan pementasannya di Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 8 hingga 14 Ogos 2016.[6] Beliau juga mengarahkan drama sitkom untuk Astro Warna, 3 Dara Kg.com yang dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Marsha Milan dan Nasz Sally. PolitikMengikut jejah langkah bapanya, bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Isnin menceburi bidang politik, Datuk Dira menyertai Puteri UMNO dengan menjawat jawatan sebagai Exco dari 2015 hingga 2018.[7] Pelantikannya dibuat semasa mesyuarat sayap UMNO itu di Menara Dato' Onn yang dipengerusikan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Turut hadir, Naibnya, Zahida Zarik Khan; Penolong Setiausaha Puteri, Fahariyah Md Nordin serta barisan EXCO.[8] Pada 24 Ogos 2013, Datuk Dira menyerahkan borang keahlian Puteri UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Idris Haron. Beliau dipetik dari Utusan Malaysia sebagai berkata: "Saya hendak buat banyak perkara untuk parti sebab saya melihat bagaimana perjuangan mak dan ayah dalam parti dan atas semangat mereka saya berasa terpanggil menyertai Puteri,".[9] Datuk Dira mendedahkan kepada Utusan Malaysia pada Jun 2018 yang beliau membuat kenyataan rasmi berhubung spekulasi beliau bertanding untuk jawatan Ketua Puteri UMNO.[10] Dalam satu temubual bersama Sinar Harian, Datuk Dira menyatakan beliau terus beristiqamah bersama UMNO sambil mengatakan apa yang beliau lakukan sekarang ialah berniaga dan berpolitik dan tidak lagi berlakon.[11] Dira diumumkan sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin pada mesyuarat perwakilan pergerakan itu. Beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan berkenaan untuk penggal 2018-2021.[12] Pada 17 September 2022, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perfileman dan Industri Muzik Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.[13] Kehidupan peribadiDatuk Dira pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (kini berkahwin dengan Sherie Merlis) pada 2006, dan berpisah pada 2010. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah. Datuk Dira kemudian telah mendirikan rumah tangga bersama jurukamera, Helmi Yusof, pada 14 November 2011,[14] dan pernah mengalami keguguran pada Disember 2013.[15] Dira dan Helmi memfailkan perceraian pada 2016.[16] Bapanya, Datuk Seri Abu Zahar meninggal dunia pada 12 Julai 2013 jam 5.50 petang akibat penyakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang.[17][18] Dalam temuramah bersama Kosmo!, Datuk Dira berkata selepas bapanya meninggal, beliau kerap pulang ke kampung bagi menemani ibunya, Datin Seri Khadijah.[19] Beliau mempunyai seorang anak angkat bernama Waris Iskandar Andiqa selepas mendapat permohonan daripada kerajaan.[20][21] Datuk Dira berkahwin kali ketiga bersama ahli perniagaan Syfik Izdzywan Sidek pada 21 Jun 2020 dengan sekali lafaz di Masjid Al Azim, Melaka, pada jam 10.30 pagi.[22] Dalam majlis itu, Datuk Dira menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 beserta tiga dulang hantaran berbalas lima.[23] KontroversiPada April 2012, Datuk Dira Abu Zahar menjadi subjek kontroversi apabila didakwa terlibat dalam satu kes pergaduhan dan dituduh telah menyebabkan cedera parah terhadap seorang wanita berikutan sedikit perselisihan faham. Beliau membuat laporan polis berhubung insiden itu, namun menafikan dirinya terlibat dengan insiden itu. Akibat itu, beliau direhatkan sebagai pengacara Melodi, malah tidak dibenarkan menghadiri rangka promosi filem Chow Kit lakonannya.[24] FilemografiFilem
Drama
Teater
Videografi
Telefilem
Televisyen
Pilihan raya Negeri melaka
Anugerah dan pengiktirafanDarjah kebesaran
Anugerah kesenian
Rujukan
Pautan luarInformation related to Khaidhirah Abu Zahar |