Dia Semanis Honey Muzikal merupakan sebuah pementasan teater muzikal drama adaptasi novel Malaysia, iaitu Dia Semanis Honey. Teater ini dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya di Kuala Lumpur selama tujuh hari.[1]
Selain mengekalkan Siti Nordiana dan Aliff Satar sebagai teraju utama, muzikal ini turut menampilkan sebahagian besar pelakon asal seperti, Datin Nina Juren, Ahmad Fauzee, Dafi dan Aleza Shadan. Sementara Marsha Milan dan Ungku Haris pula antara muka baru bagi menggantikan pelakon asal yang tidak dapat bersama menjayakan teater ini.[2]
Sinopsis
Sebuah kisah cinta antara Ahnaf Wafiy seorang C.E.O. di Syarikat Blue Corporation dengan setiausahanya, Hani Safira yang penuh dengan babak-babak romantis dan komedi serta drama yang menyentuh perasaan. Ahnaf Wafiy yang merantau ke luar negara kerana kecewa dengan kekasihnya, Ariana, kini kembali ke tanah air dan berkenalan dengan setiausaha syarikatnya iaitu Hani Safira.
Perhubungan mereka yang dipenuhi dengan pertengkaran dan usik-mengusik telah membawa kepada sebuah rasa cinta yang manis. Namun pertemuan Ahnaf dan Ariana, bekas kekasihnya , secara tidak sengaja telah membuatkan Ahnaf membatalkan pernikahannya bersama Hani pada hari nikah mereka.
Ahnaf dan Ariana berpindah ke luar negara meninggalkan keluarga dan juga Hani yang sangat kecewa. Setelah tiga tahun berlalu, Ahnaf pulang ke tanah air semula dan kembali menagih cinta Hani yang saat itu sudah bertunang dengan Adam. Ikatan pertunangan Hani dan Adam mula goyah oleh kehadiran Ahnaf. Bella yang menyimpan perasaan kepada Ahnaf yang sudah duda ketika itu membuat perancangan bagi menghalangi cinta Ahnaf dan Hani bersatu.
Pelakon
Penerbitan
Dia Semanis Honey Muzikal diterbitkan oleh Michael Ang dengan arahan Dira Datuk Seri Abu Zahar dan Syed Zalihafe Syed Alwee.[3]
Rujukan