Nama ini merupakan nama orang dalam
bahasa Cina; nama keluarganya ialah
Ang.
Michael Ang |
---|
 |
Kelahiran | Michael Ang Hai Swee (1970-03-16) 16 Mac 1970 (umur 55)
|
---|
Pendidikan | Ijazah Sarjana Perfileman |
---|
Pusat pendidikan | Universiti New South Wales[1] |
---|
Pekerjaan | Pengarah, penerbit, penulis skrip, pelakon, penyanyi |
---|
Tahun aktif | 1997–kini |
---|
Michael Ang Hai Swee (Cina: 昂海郑; lahir 16 Mac 1970) ialah seorang pengarah, penerbit, penulis skrip dan pelakon Malaysia.[2][3] Michael merupakan pemilik syarikat penerbitan Cube Film Sdn Bhd.[4][5]
Kerjaya
Anak (2008) ialah filem pertama Michael lakonan Erra Fazira dan Ida Nerina, di mana beliau berkhidmat sebagai penulis skrip.[6] Beliau terkenal dengan mengarahkan beberapa siri drama televisyen termasuk Dalam Hati Ada Taman (2012), Projek Memikat Suami (2013), Dia Semanis Honey (2015), Suri Hati Mr. Pilot (2016), Rahsia Hati Perempuan (2018) dan Sweet Dreams (2019). Filem sulung arahan beliau, Kimchi Untuk Awak dikeluarkan pada 2017.[7]
Beliau turut bergiat aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan single pertamanya, "Cinta Atau Propa".
Kehidupan peribadi
Michael mendedahkan secara mengejut pada 30 April 2019 bahawa beliau telah memeluk Islam kerana tidak mahu masyarakat mempersoalkan mengenai status agamanya.[8][9] Keputusan beliau untuk memeluk Islam mendapat restu ibunya.[10][11]
Diskografi
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Teater
Rujukan
Pautan luar