Kelupis (terjemahan harfiah: 'pulut gulung')[2] ialah kuih tradisi untuk orang Melayu Brunei, Bisaya, Lun Bawang di Negara Brunei Darussalam[3] dan di negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia.[4][5] Kuih ini juga kudapan tradisi untuk orang Bisaya kerana tiga etnik ini berkait rapat iaitu Lun Bawang/Lundayeh juga membuat kelupis ini terutamanya di majlis kahwin[1] Kuih ini wajib dihidangkan di majlis keramaian dan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.[6] Kuih ini juga dihidangkan oleh orang Kedayan semasa Adat Makan Tahun.[7] Acara mengelupis diadakan untuk membuat kelupis sebagai aktiviti utama sebelum majlis. Kelupis dibungkus dengan daun nyirik atau kelapa dan disering dimakan dengan kuah untuk dicecah seperti kuah kacang dan ayam masak merah.[8] Kuih ini juga dijual di tamu dan kadangkala dijual kelupis yang sejuk beku untuk dipanaskan kemudian.[9] Kelupis juga dimasak dengan inti di dalam seperti inti daging, udang dan tahai.[10]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar