Kuih gulung atau kuih ketayap ialah sejenis kuih berinti yang terdapat di Malaysia.[1] Ia juga terdapat di Indonesia dengan nama kue dadar gulung.[2] Kebiasaannya ia berbentuk seperti silinder, hasil gulungan kulit nipis yang diperbuat dari bancuhan tepung yang diletakkan inti kelapa parut dan gula kabung.