.uk
.uk adalah Domain peringkat tinggi kod negara (ccTLD) internet untuk United Kingdom. Domain ini didaftarkan untuk pertama kali pada Julai 1985, tujuh bulan selepas domain-domain peringkat tinggi generik (gTLD) seperti .com dan menjadi kod negara pertama sesudah .us.
Sejak Februari 2016, ia menjadi domain peringkat tinggi paling popular nomor lima sedunia sesudah .com, .cn, .de dan .net) dengan lebih dari 10 juta pendaftaran.[2][3][4]
.uk sudah menggunakan OpenDNSSEC sejak Mac 2010.[5]
Sejarah
Pada Oktober 1984, RFC 920 mencadangkan penciptaan domain peringkat tinggi kod negara (ccTLD) dengan menggunakan kod negara yang bersumber kod dua huruf dari senarai ISO 3166-1.[6] "GB" ialah kod negara ISO 3166 untuk United Kingdom. Namun begitu, Skim Pendaftaran Nama Rangkaian Akademik UK, JANET NRS, telah menetapkan "UK" sebagai TLD beberapa bulan sebelum penyusunan senarai kod ISO. Akibatnya, .uk dipilih dan didaftarkan pada 24 Julai 1985.[7][8] .gb dicadangkan namun tak pernah digunakan secara meluas dan tidak lagi dipelan untuk didaftar sebagai calon ccTLD.
Pada mulanya, domain ini diwakilkan oleh Jon Postel kepada "pihak terpercaya" untuk dikelola. Andrew McDowell yang berasal dari UCL menjadi perwakilan yang ditugaskan untuk mengurus .uk.[7] Beberapa masa kemudian, Andrew berikan hak kelola domain kepada Willie Black yang bekerja di Persatuan Jaringan Pendidikan dan Penyelidikan UK (UKERNA). Awalnya, permintaan domain dikirim melalui mel elektronik dan diperiksa secara manual oleh UK Naming Committee sebelum diproses oleh UKERNA. Keahlian jawatankuasa ini terhad untuk satu kumpulan Pembekal khidmat Internet tingkat atas yang menjadi bagian dari susunan peering yang formal.
Hingga 10 Jun 2014, pendaftaran nama domain secara langsung di bawah .uk (seperti internet.uk) tidak memungkinkan; pendaftaran hanya mungkin dilakukan di bawah domain peringkat ketiga (seperti internet.co.uk).
Hak pendaftaran .uk
Pendaftaran baharu secara langsung di bawah domain .uk telah diterima oleh Nominet sejak 10 Jun 2014 pukul 08.00 BST. Akan tetapi, terdapat masa tunggu tempahan untuk pelanggan yang sudah memiliki laman dalam domain .co.uk, ltd.uk, .me.uk, .net.uk, .org.uk, atau plc.uk untuk memastikan domain dapat tercatat secara rasmi dalam .uk yang masih boleh berjalan sehingga 25 Jun 2019 pukul 06.00 BST.[9]
Jika suatu domain terdaftar sebelum pukul 23.59 UTC pada 28 Oktober 2013, pengguna memiliki hak domain .uk yang setara (selama tidak ada laman terdaftar lain dalam bentuk .co.uk, .ltd.uk, me.uk, net.uk, org.uk, atau plc.uk)[9] Sebagai contoh, jika 'syarikat-anda.co.uk' ditubuhkan sejak 2 Oktober 2013, pendaftar 'syarikat-anda.co.uk' punya hak mendaftar laman 'syarikat-anda.co.uk' sehingga 25 Jun 2019 jam 06.00 BST. 123-reg dan NamesCo telah menciptakan domain-domain tertentu untuk para pelanggan secara percuma namun mulai meminta pembayaran sejak September 2019.[10]
Domain peringkat kedua
Aktif
.co.uk, .ltd.uk, .me.uk, .net.uk, .oleh, .org.uk, .plc.uk dan .sch.uk dikelola oleh Nominet UK dan boleh didaftar oleh orang awam. Domain peringkat kedua lainnya dikeola oleh agensi-agensi pemerintah dan memiliki tingkat penyekatan yang lebih kuat.[13]
Tidak aktif
- .govt.uk – domain pemerintah masa lalu yang diganti dengan .gov.uk[perlu rujukan]
- .orgn.uk – domain pertubuhan tanpa-keuntungan yang diganti dengan .org.uk[perlu rujukan]
- .lea.uk – penguasa pendidikan tempatan; sudah tidak digunakan lagi.[perlu rujukan]
- .mil.uk – hanya untuk rangkaian persendirian. .mil.uk berwujud hanya sebagai rekod CNAME untuk .mod.uk di fail zon .uk.[perlu rujukan]
Ditolak
- .cym.uk – domain untuk Wales; sempat dicadangkan bersama dengan domain .cym namun ditolak. Domain peringkat atas seperti .cymru dan .wales dimasukkan sejak 2014.[perlu rujukan]
- .scot.uk – domain untuk Scotland; ditolak oleh nominet.[perlu rujukan] Domain peringkat teratas .scot diterima pada 10 Jun 2014[14][15] dan masuk zon root pada 13 Jun 2014.[16]
- .sco.uk – domain lain untuk Scotland.[17]
- .soc.uk – dicadangkan untuk kegunaan Sosial dan Masyarakat.[perlu rujukan]
Domain peringkat teratas (TLD) lainnya yang masih berhubungan dengan United Kingdom
TLD untuk tempatan setingkat negara (ccTLD)
TLD Tempatan
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
|
---|
| |
---|
Tulisan Cyrillic | Tulisan Arab | Tulisan Brahmik | Aksara Cina | Tulisan lain | | |
- الجزائر. (al-Jazā’ir, Algeria)
- مصر. (Miṣr, Mesir)
- بھارت. (Bhārat, India)
- ایران. (Irân, Iran)
- الاردن. (al-Urdun, Jordan)
- فلسطين. (Filasṭin, Palestin)
- پاکستان. (Pākistān, Pakistan)
- قطر. (Qaṭar, Qatar)
- السعودية. (al-Saudiah, Arab Saudi)
- سوريا. (Sūryā, Syria)
- تونس. (Tunis, Tunisia)
- امارات. (Emarat, UAE)
- عمان. (ʻUmān, Oman)
- مليسيا. (Maleesya, Malaysia)
- المغرب. (al-Maġrib, Maghribi)
- سودان. (Sūdān, Sudan)
- اليمن. (al-Yaman, Yaman)
|
- .বাংলা (Bāṅla, Bangladesh)
- .ভাৰত (Bhārat, India)
- .ভারত (Bhārat, India)
- .भारत (Bhārat, India)
- .భారత్ (Bhārat, India)
- .ભારત (Bhārat, India)
- .ਭਾਰਤ (Bhārat, India)
- .ଭାରତ (Bhārata, India)
- .இந்தியா (Indiyā, India)
- .ລາວ (Lao, Laos)
- .சிங்கப்பூர் (Cinkappūr, Singapura)
- .ලංකා (Laṅkā, Sri Lanka)
- .இலங்கை (Ilaṅkai, Sri Lanka)
- .ไทย (Thai, Thailand)
| | |
|
|
| | Lain-lain |
---|
Simpanan / tidak ditugaskan | Teruntuk / tak dipakai | Disarakan / dipadam | | | | |
|
|
| |
|
|