Tentera Udara Diraja British

Tentera Udara Diraja
Ditubuhkan pada1 April 1918 (106 tahun)
Negara United Kingdom
KesetiaanRaja Charles III
JenisTentera udara
PerananPeperangan udara
Saiz37,200 anggota Tetap dan RAuxAF
33,980 anggota Simpanan
Senarai pesawat
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera British
Pejabat Staf UdaraBangunan Utama Kementerian Pertahanan
Whitehall, London, United Kingdom
MotoLatin: Per Ardua ad Astra
"Melalui Kesukaran menuju ke Bintang"[1]
KawatRoyal Air Force March Past
Laman webwww.raf.mod.uk
Komander
Ketua Turus UdaraKetua Marsyal Udara Michael Wigston
Komander
terkenal
Lord Trenchard
Lord Dowding
Lord Portal
Tanda kebesaran
Roundel
Lambang ekor
TRF / Badge
Ensign
Pesawat terbang
PenyerangTornado GR4
Typhoon FGR4
Reaper
Peperangan
elektronik
Sentry
PejuangTyphoon F2
HelikopterChinook
Merlin
Puma
Sea King
Griffin HAR2
PemintasTyphoon
PengawasanIslander
Shadow R1
Sentinel R1
Reaper
Tornado GR4A
PelatihHawk
King Air
Squirrel
Tucano
Tutor
Vigilant
Viking
PengangkutC-17
Hercules C4 & C5
Voyager

Tentera Udara Diraja (Inggeris: Royal Air Force atau RAF) merupakan cabang perkhidmatan peperangan udara dalam Angkatan Tentera British. Ditubuhkan pada 1 April 1918[2] RAF telah meyumbangkan peranan yang ketara dalam sejarah ketenteraan Britain dan sejak itu, telah melibatkan diri dalam Perang Dunia II dan dalam konflik-konflik tidak lama dulu. RAF mengoperasikan sejumlah 853 buah pesawat dan, setakat 31 Mac 2008, mempunyai kekuatan seramai 41,440 anggota terlatih dalam perkhidmatan tetap. [3]Majoriti pesawat RAF dan anggotanya ditempatkan di Britain, terdapat juga anggotanya sedang berkhidmat dalam operasi (terutamanya di Iraq dan Afghanistan) atau pangkalan-pangkalan luar negara yang telah lama wujud (contohnya di Kepulauan Falkland dan Cyprus).

RAF merayakan hari ulang tahunnya yang ke-90 dengan melakukan lintas hormat oleh pasukan Red Arrows dan 4 buah pesawat Typhoon di atas pangkalan RAF dan Tengah London pada 1 April 2008.[2].

Misi

RAF misi adalah menyokong objektif (Kementerian Pertahanan (United Kingdom)), yang mana "menyediakan keupayaan yang diperlukan: untuk memastikan keselamatan dan pertahanan United Kingdom dan jajahan luar negara, termasuk menentang keganasan; menyokong objektif polici luar negara kerajaaan terutamanya dalam mempromosi keselamatan dan keamanan antarabangsa."[4]

Sejarah

Walaupun Britain bukan negara yang pertama yang menggunakan pesawat udara tentera, tetapi RAF adalah merupakan tentera udara tertua di dunia dalam saiz yang ketara yang bebas dari kawalan tentera darat atau tentera laut. Ia ditubuhkan pada 1 April 1918, semasa Perang Dunia I, dengan penggabungan Kor Penerbangan Diraja dan Perkhidmatan Udara Tentera Laut Diraja. Selepas perang, perkhidmatan ini dikurangkan secara drastik, dan RAF bertanggungjawab dalam mengawal Iraq dan melaksanakan beberapa aksi kecil di Empayar British yang lain.

Memorial Tentera Udara Diraja di Victoria Embankment, London, sebagai memperingati anggota RAF yang terbunuh dalam 2 perang dunia

RAF melalui perkembangan yang pesat sebelum dan semasa Perang Dunia II. Di bawah Rancangan latihan Udara Commonwel British pada Disember 1939, tentera udara negara British Kommonwel dilatih dan ditubuhkan untuk berkhidmat dengan formasi RAF. Ramai penduduk daripada negara-negara ini, dan pelarian daripada pendudukan Eropah, juga berkhidmat dengan skudron RAF.

Dalam Peperangan Britain, pada hujung musim panas 1940, RAF telah mempertahankan ruang udara Britain dalam menentang serangan Luftwaffe Jerman, membantu memusnahkan rancangan pencerobohan Hitler ke atas Britain, dan memetik kata-kata Perdana Menteri Winston Churchill dalam Parlimen Britain pada 20 Ogos, "Never in the field of human conflict was so much owed by so many to so few".[5]

Usaha terbesar RAF semasa perang adalah melaksanakan kempen pengeboman strategik. Walaupun pengeboman RAF ke atas Jerman bermula seawal perang meletus, di bawah kepimpinan Ketua Marshal Udara Harris, serangan bertubi-tubi meningkat dari 1942 dan seterusnya disebabkan oleh kewujudan teknologi dan peningkatan jumlah pesawat. Menjadi kontroversi, RAF telah menerima pakai polici dalam memlaksanakan pengeboman kawasan pada waktu malam yang melihat serangan dibuat ke atas bandar-bandar Jerman seperti Hamburg dan Dresden. Unit-unit lain, bagaimanapun, membangunkan teknik pengeboman tepat untuk operasi-operasi tertentu seperti Serangan "Dambusters" oleh Skuadron No. 617 [6]

Semasa Perang Dingin peranan utama RAF adalah mempertahankan benua Eropah menentang kemungkinan serangan oleh Soviet Union, termasuk pegangan UK's nuclear deterrent untuk beberapa tahun. Sejak tamat Perang Dingin, beberapa operasi berskala besar melibatkan RAF, termasuk Perang Kosovo, Perang di Afghanistan (2001–sekarang) dan Pencerobohan Iraq pada 2003.

Pesawat

Sistem pengenalan pesawat tentera British mengikut nama pesawat menghuraikan peranan pesawat berkenaan. Sebagai contoh, pesawat Tornado F3 ditandakan sebagai fighter berdasarkan abjab 'F', dan ia merupakan generasi ketiga pengeluaran.

Pesawat sokongan ofensif, serangan dan tempur

  • Harrier GR9/GR9A
    Dilengkapi dengan sistem terbaru dan enjin lebih berkuasa. Pesawat ini diterima secara rasmi oleh RAF pada hujung September 2006.

Pesawat Amaran Awal Udara dan Pertahanan Udara

  • Tornado F3
    Berperanan untuk menpertahankan ruang udara Britain.
  • Sentry AEW1
    Menyediakan amaran awal udara akan kedatangan pesawat musuh dan mengkordinasikan pertempuran udara.

Pesawat pengawasan

  • Tornado GR4A
    Dilengkapi dengan kamera dan penderia penglihatan, inframerah dan jarak spektrum radar.
  • Nimrod R1
    Menyediakan perisikan elektronik dan isyarat.
  • Sentinel R1
    Dikenali juga sebagai ASTOR - Airborne Stand-Off Radar) menyediakan platfom pengawasan radar bumi bertempat di jet perniagaan jarak jauh Bombardier Global Express.

Pesawat Cari & Selamat

Pesawat rondaan maritim

  • Nimrod MR2
    Peperangan Anti-Kapal Selam dan Peperangan Anti Permukaan. Juga digunakan untuk peranan Cari dan Selamat, dimana keupyaan jarak jauhnya dan kemudahan komunikasi membolehkan ia bertindak sebagai penghubung di antara helikopter penyelamat, kapal dan pangkalan di darat. Ia juga boleh mengugurkan pod yang mengandungi rakit keselamatan dan bekalan ikhtiar hidup kepada orang terselamat di laut. Pesawat Nimrod MR2 akan digantikan dengan 12 buah pesawat Nimrod MRA4 pada tahun 2009.

Helikopter sokongan

  • Merlin HC3
    Menyediakan sokongan pengangkutan berat. 3 buah helikopter tambahan akan diperolehi dalam bulan Mac 2007.
  • Puma HC1
    Menyediakan sokongan pengangkutan sederhana
  • Chinook HC3s
    8 buah helikopter yang berada dalam simpanan akan diubahsuai untuk berperanan sebagai sokongan pertempuran.

Pesawat pengangkut dan penangki udara

  • Tristars dan VC10
    Mengangkut anggota, kargo dan penangki udara untuk jarak jauh.
  • C-130K/J
    Pengangkutan taktikal jarak dekat.
  • C-17 Globemaster III
    4 buah melalui perjanjian sewa-beli daripada Boeing untuk menyediakan keupayaan pengangkutan strategik berat. Pesawat ke-5 akan dihantar pada 7 April, 2008. Perolehan pesawat ke-6 seperti diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Britain akan memperkukuhkan operasi di Iraq dan Afghanistan, [3] akan dihantar pada 3 Jun, 2008. Pesawat bari ini akan digerakkan ke barisan hadapan secepat mungkin. RAF dijangka akan menerima sejumlah 8 buah pesawat C-17 yang bermakna 2 buah pesawat lagi akan dihantar sebelum pertengahan tahun 2009 apabila pengeluaran pesawat Globemaster mungkin akan dihentikan.

Pesawat latihan

  • Dominie T1
    Latihan operasi untuk sistem persenjataan dan pegawai sistem senjata.

Pesawat akan datang

RAF sedang merancang untuk menggunakan pesawat baru. Ini termasuk:

  • Eurofighter Typhoon
    Sedang mula memasuki perkhidmatan dan apabila kesemua pesawat Typhoon beroperasi sepenuhnya, RAF adalah merupakan pendendali terbesar pesawat jenis ini.
  • Airbus A400M
    25 buah akan diperoleh untuk menggantikan pesawat C-130K Hercules.[8]
  • HC3
    Versi tingkat upaya pesawat Chinook, dengan sistem avionik terbaru dan penambahan jarak untuk melaksanakan misi pasukan khas, dipesan pada 1995. Oleh kerana masal teknikal dan penguruskan projek, pesawat ini tidak dapat memasuki perkhidmatan, dan telah diturun taraf sebagai Helikopter sokongan dan akan digunakan bermula pada tahun 2009.
  • Hawk 128
    Akan menggantikan pesawat Hawk dalam perkhidmatan; model baru ini akan dilengkapi peralatan dan keupayaan yang setanding dengan pesawat moden barisan hadapan.
  • Joint Combat Aircraft (pengenalan untuk pesawat F-35 Lightning II)
    Akan menggantikan pesawat Harrier GR7 dan GR9.

Galeri pesawat terkini Tentera Udara Diraja British

Pangkat

Pangkat[9] Air officers Senior officers Junior officers
Marshal of the Royal Air Force Air Chief Marshal Air Marshal Air Vice-Marshal Air Commodore Group Captain Wing Commander Squadron Leader Flight Lieutenant Flying Officer Pilot Officer Officer Cadet
Tentera Udara Diraja
Singkatan pangkat MRAF[nota 1] Air Chf Mshl Air Mshl AVM Air Cdre Gp Capt Wg Cdr Sqn Ldr Flt Lt Fg Off Plt Off Off Cdt
Kod NATO OF-10 OF-9 OF-8 OF-7 OF-6 OF-5 OF-4 OF-3 OF-2 OF-1 OF-D

Templat:RAF Other Ranks

Lihat juga

Cabang Pasukan Udara dalam Royal Navy
Nota: Pada 1968, Tentera Udara Diraja Kanada telah disatukan dengan Tentera Laut Diraja Kanada dan Tentera Darat Kanada untuk membentuk Angkatan Tentera Kanada, kemudian Tentera Kanada sebagai Arahan Udara Tentera Kanada

Rujukan

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama RAF – Frequently Asked Questions
  2. ^ [1] Diarkibkan 2009-06-06 di Wayback Machine Saluran Sejarah - 1 April adalah hari penubuhan RAF
  3. ^ http://www.raf.mod.uk/currentoperations/newstructure.cfm Struktur baru RAF sehingga 31 Mac 2008
  4. ^ Agensi Perkhidmatan Analisis Pertahanan Misi Kementerian Pertahanan Diarkibkan 2009-06-28 di Wayback Machine
  5. ^ The Churchill Centre - Speeches & Quotes
  6. ^ Paul Brickhill "The Dambusters"
  7. ^ Majalah Air Forces Monthly, keluaran Disember 2007, m/s.6.
  8. ^ Tentera Udara Diraja Britain - A400M
  9. ^ "RAF Ranks". RAF.MoD.uk. Royal Air Force. n.d. Dicapai pada 29 August 2023.

Pautan luar

Angkatan Tentera British
Tentera Darat British Tentera Darat BritishTentera Laut Diraja Tentera Laut Diraja BritishTentera Udara Diraja Tentera Udara Diraja British


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan