Pesan Pada Hati

Pesan Pada Hati
GenreDrama, cinta, konflik, keluarga, dendam
PenciptaSari Hermawati
Ditulis olehPGRs Team, Chinta Nadeesha, Sari Hermawati
PengarahAllahyarham Raja Ahmad Alauddin
Natasya Nasir[a]
Dibintangi oleh
Shukri Yahaya
Nabila Razali
Lagu pembukaan"Jangan Khianati Aku" oleh Azlan & The Typewriter
Lagu penutup"Jangan Khianati Aku" oleh Azlan & The Typewriter
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Puteri Julia Nabilah Megat Junid
  • Megat Jufri Nasrullah Megat Junid
  • Ibrahim Junid Abdullah
PenerbitDato Ziela Jalil
Tempoh siaran40–41 minit
Syarikat penerbitan
Pena Creative Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 Oktober 2019 – 6 Disember 2019
Kronologi
MengikutiTerima Aku Seadanya
Diikuti olehKampung People

Pesan Pada Hati ialah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Allahyarham Raja Ahmad Alauddin dengan idea dan konsep asal oleh Sari Hermawati,[1] dibintangi oleh Nabila Razali dan Shukri Yahaya. Siri ini disiarkan pada 25 Oktober 2019 hingga 6 Disember 2019 menggantikan Terima Aku Seadanya dan digantikan oleh Kampung People. Drama ini merupakan arahan terakhir Raja Ahmad Alauddin sebelum kematiannya pada 29 Ogos 2019, iaitu dua bulan sebelum ia disiarkan.[2]

Sinopsis

Mengisahkan tentang Yusuf dan Zulaikha yang sedang dilamun cinta namun cinta mereka terputus di tengah jalan. Pertemuan pertama di stesen komuter di antara Yusuf (Shukri Yahaya) dan Zulaikha (Nabila Razali) yang tidak disangka, dalam diam menimbulkan bibit cinta secara tidak sengaja.

Pada awalnya, Zulaikha jual mahal apabila Yusuf ingin mendekatinya. Zulaikha risau kerana ibunya, Hajar (Liza Abdullah) pernah berpesan untuk tidak jatuh cinta pada lelaki di Kuala Lumpur. Hajar kecewa apabila anak lelakinya, Aakif tidak pernah pulang ke kampung lagi setelah berkahwin dengan gadis bandar.

Namun Yusuf nekad melamar Zulaikha tetapi Zulaikha perlukan masa untuk memujuk ibunya. Pada hari yang sama Zulaikha pulang ke kampung untuk memberitahu mengenai lamaran Yusuf, mereka dikejutkan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa Aakif dan isterinya Maryam. Kematian Aakif memberi kesan kepada Zulaikha. Dia tidak sampai hati ingin melukakan hati ibunya lagi jika dia memberitahu yang dia ingin berkahwin dengan Yusuf.

Zulaikha akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan Yusuf dan tidak lagi kembali ke Kuala Lumpur. Yusuf kecewa kerana Zulaikha menghilangkan diri tanpa khabar berita. Semenjak itu, Yusuf sedikit sebanyak mula mengubah jalan hidupnya. Pelbagai kejadian yang menimpanya membuatkan Yusuf bermuhasabah diri. Yusuf meninggalkan hobi dan perangai lamanya.

Ibu Yusuf, Rubi (Jasmin Hamid) gembira melihat perubahan Yusuf. Rubi terfikir adakah Yusuf masih mencintai Zulaikha? Rubi yakin Yusuf masih menanti Zulaikha walaupun Yusuf tidak pernah menunjukkannya. Takdir seperti mempermainkan mereka, apabila mereka kembali bertemu. Tak tersangka, Maryam sebenarnya adalah kakak Yusuf. Rahsia ini terbongkar semasa Zulaikha perlu mencari keluarga Maryam untuk meminta pertolongan membiayai rawatan Dayyan, anak Aakif dan Maryam yang jatuh sakit. Yusuf pula masih menyimpan dendam atas kematian Maryam dan melukai hatinya. Zulaikha hilang tanpa sebab. Dia menjadikan Zulaikha sebagai sasaran untuk dia membalas dendam.

Bagaimanakah kesudahan kisah cinta pandang pertama antara Yusof, lelaki bandar dengan Zulaikha, seorang gadis kampung ini? Kerana perbezaan darjat hubungan mereka dilontar kebencian. Mungkinkah tiada lagi cinta di hati Yusuf buat Zulaikha?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Catatan

  1. ^ Natasya Nasir menyiapkan saki-baki episod drama ini selepas Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia.

Rujukan

  1. ^ Drama Pesan Pada Hati (TV3) My Info Taip (24 Oktober 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
  2. ^ "Tak sempat siap drama terakhir, Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia". URTV. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
  3. ^ Budiey (26 Oktober 2019). Nabila Razali mangsa dendam Shukri Yahaya dalam Pesan Pada Hati Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Disember 2019.
  4. ^ Norhayati Nordin (13 Disember 2019). Adegan bersentuhan, Nabila minta maaf Harian Metro. Dicapai pada 31 Disember 2019.
  5. ^ Zaidi Che (29 Oktober 2019). Pesan Pada Hati: Shukri Yahaya simpan dendam pada Nabila Razali Stail.my. Dicapai pada 31 Disember 2019.

Pautan luar