Jelatang (siri TV)

Jelatang
GenreDrama
Cinta
Keluarga
Konflik
PengarahAdam Hamid
Dibintangi oleh
Intan Ladyana
Marissa Yasmin
Fezrul Khan
Aman Shah
Ryzal Jaafar
Rozita Che Wan
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod27
Penerbitan
PenerbitJS Foo
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Syarikat penerbitan
Asia Media Content
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lestary)
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal24 Julai 2007 – 29 Januari 2008

Jelatang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Asia Media Content yang mengisahkan konflik yang berlaku di dalam sebuah keluarga yang berantakan, dan disiarkan dalam slot Lestary TV3 pada separuh akhir tahun 2007. Siri arahan Adam Hamid ini dibintangi oleh Intan Ladyana, Marissa Yasmin, Fezrul Khan, Aman Shah dan Ryzal Jaafar, Rozita Che Wan.

Sinopsis

Jelatang mengisahkan sebuah kisah cinta, kasih sayang seorang ibu dan dendam yang menjadi tunjang kepada drama bersiri ini. Kepincangan terjadi apabila Suria jatuh cinta kepada bapa tirinya, Razlan setelah ibunya, Alima menghalangnya mengahwini Zaid. Alima tidak bersetuju dengan pilihan Suria kerana Zaid merupakan anak kepada bekas teman lelaki yang pernah menodainya. Alima tidak berterus-terang kepada Suria mengenai sejarah hitamnya itu. Razlan cuba memujuk Suria yang sedang bersedih tetapi akhinya mereka saling jatuh cinta lantaran Razlan tidak mendapat kepuasan batin daripada isterinya Alima yang 20 tahun lebih tua daripadanya. Mereka menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan Alima dan sudah jauh terpesong. Salman, anak lelaki Alima menghidu perbuatan sumbang mereka dan bersemuka dengan Razlan supaya meninggalkan perbuatan terkutuk tersebut. Namun, Razlan enggan dan mengugut akan menceraikan Alima jika hal ini sampai ke pengetahuan ibunya itu.

Oleh kerana tidak dapat membuka mulut, Salman bersama rakan-rakannya bertindak memukul Razlan dan akibatnya Salman dihantar ke sekolah pemulihan akhlak. Alima yang tidak mengetahui hal sebenar menjadi keliru dengan tindakan Salman. Kemudian, barulah Alima mengetahui hal yang sebenar mengenai kecurangan Razlan bermain cinta bersama anak perempuannya setelah diberitahu oleh bekas suaminya, Hashim. Suria berterus-terang mengenai hubungan terlarangnya itu dan berpindah keluar dari rumah Alima dan meneruskan perhubungan dengan Razlan. Suria mula mengalami gangguan perasaan apabila terkenangkan dosa yang dilakukan terhadap ibunya. Keadaan bertambah parah apabila Suria mengalami kemalangan yang teruk dan koma.

Pelakon

Rujukan

TV3: Lestary, Selasa, 9 malam
Sebelumnya Jelatang
(24 Julai 2007 – 29 Januari 2008)
Berikutnya
Natasha 2 Sindarela