Sweetie Nanie |
---|
Genre | Drama, cinta |
---|
Pencipta | Nieza Nahar |
---|
Ditulis oleh | Nieza Nahar Zuraidah Kassim |
---|
Pengarah | Pali Yahya |
---|
Dibintangi oleh | Aidit Noh Nadia Brian |
---|
Lagu pembukaan | "Hello Dunia" oleh Natasha Sass |
---|
Lagu penutup | "Hello Dunia" oleh Natasha Sass |
---|
Negara asal | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Bilangan episod | 13 |
---|
|
Penerbit eksekutif | Azlina Sanimin |
---|
Penerbit | Suriyati Sidek |
---|
Lokasi | |
---|
Tempoh siaran | 41 minit |
---|
Syarikat penerbitan | Creative Skill Solution |
---|
|
Saluran asal | TV3 |
---|
Format gambar | 1080i (HDTV) |
---|
Format audio | Dolby Digital Plus |
---|
Siaran asal | 29 September 2016 – 28 Oktober 2016 |
---|
|
Mengikuti | Mariam Alisa |
---|
Diikuti oleh | Mr. Donat Karamel |
---|
Sweetie Nanie ialah siri drama romantik Malaysia 2016 arahan Mohd Fazli "Pali" Yahya, dibintangi oleh Nadia Brian dan Aidit Noh.[1][2] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 30 September 2016 hingga 28 Oktober 2016 menggantikan Mariam Alisa.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]
Sinopsis
Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nanie Nadira (Nadia Brian) pernah melahirkan seorang anak luar nikah setelah dirogol ketika berusia 16 tahun. Oleh kerana Nanie Nadira masih bersekolah dan tidak berpendapatan, Nanie Nadira menyerahkan anaknya itu kepada kakaknya, Nora. Namun, apabila bayi itu telah diculik di sebuah klinik, Nora pula meninggal tidak lama kemudian kerana kemurungan. Peristiwa tragis ini sekali lagi menghimpit kehidupan Nanie Nadira kerana Nora telah mengamanahkan Nanie Nadira untuk mencari anaknya kembali dan menjalani tanggungjawabnya sebagai ibu kandung bayi itu.
Selain dugaan yang sudah membebani benak fikiran Nanie Nadira itu, Nanie Nadira juga sedang bergelut dengan masalah kewangan setelah kematian kakaknya. Hal ini kerana, Nanie Nadira masih menuntut pelajaran di sebuah kolej tempatan dalam jurusan Juruukur Bahan. Tambahan pula, selama ini Nanie Nadira tinggal bersama kakaknya dan yuran pengajiannya juga ditanggung sepenuhnya oleh Nora.
Dalam kerunsingan Nanie Nadira untuk melangsaikan sewa rumahnya yang sudah sekian lama tertunggak, Nanie Nadira bertemu dengan Zafri (Aidit Noh) di sebuah kafe secara tidak sengaja. Ketika itu, Zafri sedang melarikan diri daripada orang suruhan sepupunya, Baizura (Julia Farhana). Zafri merupakan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju yang sentiasa dikongkong oleh sepupunya merangkap penasihatnya, Baizura kerana Zafri masih terlalu muda untuk mengendalikan syarikat keluarganya itu.
Setelah Nanie Nadira dan Zafri bertemu, mereka menjadi semakin rapat, dan ini membuatkan Baizura rasa tidak senang hati. Kerana terlalu mengikut hatinya yang busuk, Baizura bertekad untuk memisahkan Zafri daripada Nanie Nadira dengan menyelidik sejarah hitam Nanie Nadira. Dugaan demi dugaan dihadapi Nanie Nadira, sejarah Nanie Nadira yang pernah melahirkan anak luar nikah itu akhirnya diketahui Zafri dan kebahagiaan sementara Nanie Nadira musnah.
Dapatkah Nanie Nadira bertemu dengan anaknya kembali? Adakah Zafri akan menjauhkan diri daripada Nanie Nadira selamanya?
Pelakon
Pelakon utama
Pelakon pembantu
Pelakon kanak-kanak
Penerbitan
Menurut Pali Yahya, keistimewaan Sweetie Nanie kerana dibarisi pelakon baru dan jalan ceritanya mudah diterima setiap lapisan masyarakat. "Ketika mengarahkan drama ini ada beberapa cabaran terpaksa saya hadapi terutama pembentukan watak setiap pelakon. Namun dari segi pembikinan atau teknikalnya, kru produksi tidak menghadapi sebarang masalah kerana kebanyakan mereka ada pengalaman. Saya berharap drama ini dapat diterima semua penonton dan dijadikan teladan kerana banyak mesej dan pengajaran,".[7]
Runut bunyi
- "Hello Dunia" - Natasha Sass
- "Selalu Denganmu" - Cherpen Band
- "Oh No" - Tasha Manshahar ft. Viral
- "Sakit" - iamNEETA
Rujukan
|
---|
|
1980-an | |
---|
1990-an | |
---|
2000-an | |
---|
2010-an | |
---|
2020-an | |
---|
1Slot yang ditamatkan. |