Lara Cinta Ameena |
---|
Genre | Drama Cinta |
---|
Ditulis oleh | Zyza Backy |
---|
Pengarah | Shuhaimi Lua Abdullah |
---|
Dibintangi oleh | |
---|
Lagu pembukaan | "Segalanya" oleh Haqiem Rusli |
---|
Lagu penutup | "Segalanya" oleh Haqiem Rusli |
---|
Negara asal | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Bilangan episod | 15 |
---|
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
---|
Tempoh siaran | 40 minit |
---|
Syarikat penerbitan | Tanah Beris Film Production |
---|
|
Saluran asal | TV3 |
---|
Format gambar | |
---|
Format audio | Dolby Digital |
---|
Siaran asal | 30 November 2016 – 4 Januari 2017 |
---|
|
Mengikuti | Umairah |
---|
Diikuti oleh | Kerana Anisa |
---|
Lara Cinta Ameena ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Shuhaimi Lua Abdullah, dibintangi oleh Tiz Zaqyah, dan Raja Afiq, Zarina Zainoordin. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 30 November 2016 hingga 4 Januari 2017 menggantikan Umairah.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]
Sinopsis
Mengisahkan Ameena seorang anak yatim piatu manakala Radhuan pula anak hartawan. Cinta mereka bersatu seketika namun terpisah oleh fitnah yang ditabur oleh Puan Kirana, ummi Radhuan. Ameera diceraikan lalu dia membawa diri ke Sabah. Hidup Radhuan kosong tanpa Ameena. Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan yang tidak bahagia dengan Ezaty. Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan membara terhadap Ameena apabila anaknya mati dipangkuannya tak sampai sejam mereka berjumpa. Ameena pergi membawa hati yang lara.
Pelakon
Pelakon utama
Pelakon pembantu
Penerbitan
Penggambaran Lara Cinta Ameena terhenti seketika apabila pengarahnya, Shuhaimi Lua diserang strok ringan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Beliau dibenarkan keluar dari hospital selepas beransur pulih dan kembali ke set penggambaran. Drama ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.[2]
Rujukan
|
---|
|
1980-an | |
---|
1990-an | |
---|
2000-an | |
---|
2010-an | |
---|
2020-an | |
---|
1Slot yang ditamatkan. |