Alia Afiqah Abden (Jawi: ليا ناتليا; lahir 12 November 1992) atau lebih dikenali sebagai Lia Natalia merupakan pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau mula dikenali umum selepas bergelar finalis Pilih Kasih musim ke-2 dan semenjak itu beliau telah berlakon dalam beberapa buah drama, telefilem dan filem.[3][4]
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan sebagai Alia Afiqah binti Abden pada 12 November 1992 di Tawau, Sabah. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik kepada pasangan Abden Aben dan Asia Robroy.[5] Beliau mempunyai keturunan daripada nenek moyangnya yang berasal dari Australia iaitu dari suku kaum Melayu Kokos.[6]
Kerjaya
Sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan, beliau banyak menyertai majlis peragaan fesyen dan menjadi model untuk butik pengantin. Di bawah bimbingan Rosyam Nor, Lia menyertai program Pilih Kasih musim ke-2 (turut disertai oleh Livonia Ricky Guing, Jay Iswazir dan Ungku Hariz) dan berjaya menjadi salah seorang finalis dalam program tersebut pada tahun 2010. Beliau juga pernah menyertai Dewi Remaja pada tahun yang sama dan Pencarian Gadis M2 pada 2011.[7]
Lia dilaporkan bakal memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dan telah pun bergerak di bawah pengurusan Rubber Tapper Productions.[11]
Pada Hari Raya Aidilfitri 2018, Lia berlakon di samping pelakon senior Scha Al-Yahya menjayakan peranan utama dalam telefilem Baju Raya Eksklusif arahan Shuhaimi Lua Abdullah. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di TV3 pada Raya ketiga. Ia mengisahkan tentang dua sepupu, Nurin dan Hazwani yang merancang untuk menjual baju raya eksklusif bagi Aidilfitri akan datang.[12]
Pada tahun 2021, beliau berlakon dalam drama Cukup Derita Itu dengan memegang watak sebagai Salwa.[2]