|
---|
Kelahiran | Ungku Ismail bin Ungku Abdul Aziz (1995-12-26) 26 Disember 1995 (umur 29)
|
---|
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan Mekanikal |
---|
Pusat pendidikan | University Of Strathclyde Glasgow, United Kingdom |
---|
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, pengacara |
---|
Tahun aktif | 2006–kini |
---|
Ketinggian | 6 ft 1 in (1.85 m) |
---|
Pasangan | Nad Zainal (k. 2023) |
---|
Ibu | Faridah binti Ismail |
---|
Bapa | Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid |
---|
Yang Mulia Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz (lahir 26 Disember 1995) ialah seorang pelakon, pengarah dan pengacara Malaysia. Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sejak 2006, beliau dikenali menerusi drama rantaian slot Akasia di TV3 iaitu Teman Lelaki Upahan dengan memegang watak sebagai Ezwan Lutfi.[1][2] Antara drama terkenal beliau ialah Tari Tirana, Syurgamu Ramadhan, Bibik-Bibikku, Dendam Aurora, Aku Yang Kau Tinggalkan dan Adellea Sofea.[3] Pada 23 Januari 2023 bersamaan 1 Rejab 1444H, Ungku Ismail selamat bernikah dengan pelakon Nad Zainal di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mas kahwinnya RM1,000.
Kehidupan awal
Ungku dilahirkan pada 7 Disember 1975 di Johor Bahru. Beliau pernah bersekolah menengah di SMK Dato Jaafar, Johor Bahru dan juga mempunyai ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Strathclyde Glasgow Scotland, United Kingdom.[4]
Kerjaya
Ungku Ismail memulakan kerjaya lakonan sepenuh masanya sebagai salah seorang pelakon untuk telefilem Sutun, kemudian membuat penampilan drama TV pertamanya menerusi drama Dunia Baru.
Pada tahun 2009, Ungku Ismail berlakon dalam Tari Tirana bersama Wan Sharmila, Nadia Aqilah dan Shahz Jaszle, dengan memegang watak sebagai Jude. Beliau kemudian berlakon dalam telefilem Antara Garisan sebagai Ustaz Arman di mana beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2010. Ungku Ismail juga muncul dalam drama Syurgamu Ramadhan.
Ungku Ismail juga menjadi teraju utama drama adapatasi novel Terlanjur Mencintaimu, karya Syamnuriezmil yang bersiaran di RTM. Beliau berganding bersam pelakon Reen Rahim.
Beliau muncul dalam drama Teman Lelaki Upahan, adaptasi daripada novel 2014 bertajuk sama karya Azura Rasiddin, di mana beliau memegang watak sebagai Ezwan Lutfi,[5] seterusnya muncul dalam supertelefilem Travelling Beruang yang turut mewujudkan kempen kesedaran kanser dengan nama sama,[6] yang mana setiap dana yang dikumpul disalurkan ke Majlis Kanser Nasional (MAKNA).[7] Beliau sekali lagi digandingkan bersama Elizad dalam telefilem Jubah Untuk Airin yang mengisi slot drama Panggung Seri pada 16 Julai 2016 di TV1.[8]
Kerjaya Ungku Ismail di pentas teater[9] bermula menerusi pementasan teater Wira Samudera yang berlangsung di Stadium Tertutup Pasir Gudang, memegang watak sebagai Daeng Parani. Kemudian diikuti oleh pelbagai pementasan teater berikutnya.
Sepanjang 2016, beliau muncul dalam lima drama televisyen, antaranya Isteri Tuan Ihsan sebagai Pak Su Shafiq, Sein dan Luna sebagai Huzair, dan Bibik-Bibikku sebagai Dr. Hanafi.
Pada tahun 2017, Ungku Ismail muncul dalam dua drama TV, iaitu Pembancuh Kopi Mr. Vampire sebagai Aliff Irsyad di mana beliau digandingkan bersama Nazeera Sardi dan Dendam Aurora dengan memegang watak sebagai Harris Hamzah, digandingkan bersama Nabila Huda.
Pada tahun 2019, Ungku Ismail muncul dalam drama Slot Widuri RTM, Aku Yang Kau Tinggalkan yang mana beliau membawakan watak Zaril Ikhwan, berpasangan sekali lagi bersama Siti Elizad yang memegang watak Nia Athirah. Drama ini turut dikatakan hangat, seterusnya dicalonkan dalam kategori Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2019.
Ungku Ismail muncul dalam drama Slot Akasia, Adellea Sofea yang mana beliau membawakan watak Alif Firdhaus, berpasangan bersama Mira Filzah yang memegang watak tajuk. Drama ini turut dikatakan hangat kerana watak yang dibawa mereka sangat timbul.[10]
Dari Disember 2020 hingga Mac 2021, beliau melakonkan watak Inspektor Daniel dalam musim terakhir Gerak Khas yang mana beliau menggantikan Zul Ariffin yang menarik diri kerana kesibukan jadual kerja. Turut berlakon ialah Izzat Mushtaq yang menggantikan Mustaqim Bahadon, melakonkan watak Inspektor Izzat. Ungku Ismail kemudian mengarah drama Single Terlalu Lama yang mana beliau sendiri turut berlakon dengan membawakan watak sebagai Andy.
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2006
|
Sutun 2
|
Lukman
|
Astro Ria
|
Telefilem pertama
|
2009
|
Antara Garisan
|
Ustaz Arman
|
|
2010
|
Anak Emak
|
Hisham
|
TV3
|
|
2011
|
Jemaah Kolesterol
|
Ustaz Mizan
|
|
Kashaf Imani
|
Farouk
|
Astro Ria
|
|
Cinta Si Bunga Tembam
|
Ismail
|
TV3
|
|
Isteriku Zulaikha
|
Abang
|
TV9
|
|
2012
|
Bukan Itu Takdirku
|
Amirul
|
|
Skizo
|
Azlan
|
|
2014
|
Cici & Roy
|
Roy
|
TV2
|
|
Apabila Kau Tersenyum
|
|
TV1
|
|
5 Beradik
|
Along
|
TV2
|
|
Seligar
|
Adil
|
|
2015
|
Travelling Beruang
|
Adit
|
TV3
|
|
Isteriku Bukan Tukang Masak
|
Farid
|
Astro Ria
|
|
Hajat
|
Imam
|
TV3
|
|
2016
|
Duit Kahwin
|
Basri
|
Astro Ria
|
Juga sebagai pengarah
|
Tika Suria Mendongak
|
Ustaz Taufik
|
TV1
|
|
Jubah Untuk Airin
|
Fahri
|
|
Tragedi Duit Raya
|
Kazim
|
Astro Ria
|
|
2017
|
Kad Raya Dalam Kolong
|
Nadi Dewasa
|
Astro Mustika HD
|
|
2018
|
Batang Buruk Batu Lesung
|
Raziq
|
Astro Ria
|
Sebagai pengarah
|
Cik Shopaholic
|
Razi
|
ntv7
|
|
Renjana
|
Iqbal
|
NTV7
|
|
Setan Dalam Poket
|
Amran
|
Astro Citra
|
|
2019
|
Durian Oh Durian
|
Hamidi
|
TV3
|
Sebagai pengarah
|
2020
|
Rinding
|
Haris
|
|
Gaun Pengantin Ivory
|
Ash
|
Unifi TV
|
Sebagai pengarah
|
Anais Patah Hati
|
Meor
|
Astro Citra
|
|
Teater
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Tempat
|
2015
|
Wira Samudera
|
Daeng Parani
|
Stadium Tertutup Pasir Gudang
|
Konsert Ku Mohon
|
Monologs
|
Stadium Malawati
|
Mok Cun
|
Encik Haydar
|
Istana Budaya
|
Bawang Putih Bawang Merah
|
Datuk Panglima
|
Istana Budaya
|
2016
|
Wadah
|
Taufik
|
Dewan Kompleks Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru
|
Tun Sri Lanang
|
Sultan Acheh
|
Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar
|
2017
|
Qays dan Laila The Muzikal
|
Qays
|
Politeknik Pasir Gudang
|
2018
|
You Can Duit 2018
|
Abang Agogo
|
Istana Budaya
|
2020
|
Semarak Pertiwiku
|
Datuk Shahrul Bin Mokhtar
|
Istana Budaya
|
Arahan
Tahun
|
Tajuk
|
2011
|
Ramadan Terakhir
|
2012
|
Antara Garisan Series
|
2016
|
Duit Kahwin
|
2018
|
Rama Rama
|
Batang Buruk Lesung Batu
|
I Heart You Cik Yah
|
2019
|
Durian Oh Durian
|
2020
|
Gaun Pengantin Ivory
|
2021
|
Single Terlalu Lama
|
2022
|
Bukan Syurga Pilihan
|
Televisyen
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2016
|
Muzika Ekstravaganza 2016
|
Pengacara
|
TV2
|
bersama Nadiah M. Din
|
Anugerah dan pencalonan
Tahun
|
Anugerah
|
Kategori
|
Pencalonan
|
Keputusan
|
2010
|
Anugerah Skrin ke–14
|
Pelakon Lelaki Terbaik Drama
|
Antara Garisan
|
Tercalon
|
2019
|
Anugerah Telenovela ke-4
|
Bintang Telenovela
|
—
|
Menang
|
Rujukan
Pautan luar