Voice Note |
---|
Genre | Drama, misteri |
---|
Ditulis oleh | Marr Mohamed |
---|
Pengarah | Azmi Hatta |
---|
Dibintangi oleh | |
---|
Negara asal | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Bilangan episod | 4 |
---|
|
Penerbit eksekutif | Norazhar Baharuddin Rohayah Ibrahim |
---|
Penerbit | Haji Fadzil Teh |
---|
Tempoh siaran | 41 minit |
---|
Syarikat penerbitan | Zeel Production |
---|
|
Saluran asal | TV3 |
---|
Siaran asal | 29 April 2019 – 2 Mei 2019 |
---|
|
Mengikuti | Nur 2 |
---|
Diikuti oleh | Cari Aku Di Syurga |
---|
Voice Note (Melayu: Nota Suara) merupakan sebuah siri mini drama misteri thriler Malaysia 2019 arahan oleh Azmi Hatta dengan skrip oleh Marr Mohamed. Dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Shasha Abedul, Amelia Henderson dan Scha Elinnea. Siri ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 25 April hingga 2 Mei 2019 menggantikan Nur 2.[1][2][3]
Sinopsis
Sara merasa teruja pada hari pertama dia mendaftarkan diri sebagai pensyarah di Kolej Srivilla. Namun, sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam kolej itu, bulu romanya merinding. Dia merasakan sesuatu yang ganjil di dalam kolej itu. Dia mula tidak sedap hati.
Pada malamnya, Sara tiba-tiba menerima nota suara daripada pengirim misteri. Voice note tersebut berbunyi, “Hi, Madam Sara! Saya Mira. Selamat datang ke Kolej Srivilla. Semoga Madam dapat melindungi diri Madam daripada kejahatan mereka.” Sara terkedu dan kata-kata tersebut membuatkan Sara tidak dapat tidur malam dengan lena.
Keesokannya, Sara cuba mencari siapakah Mira dengan menelefon dan whatsapp nombor Mira tetapi tidak berjaya. Sehinggalah Sara menerima voice note terbaru daripada Mira yang mula bercerita mengenai kisahnya bersama dua orang lagi rakan kolejnya iaitu Ika dan Tasya dan mahu Sara merungkai misteri kematian kedua-dua kawan baiknya itu. Sara akhirnya mendengar kerana ingin tahu ada apa di sebalik kolej itu.
Pelakon
Pelakon utama
Pelakon pembantu
Penerbitan
Semasa penggambaran drama ini dijalankan, beberapa pelakon diminta melakonkan babak berunsur lucah dan intim. Bagaimanapun, adegan terlalu intim membabitkan Ikmal Amry dan Scha Elinnea dipotong kerana tidak melepasi proses penapisan.[4] Penerbit drama ini, Fadzil meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan pengarahnya, Azmi Hatta mewujudkan adegan lucah dalam drama ini sambil mengatakan Zeel Production tidak pernah mewujudkan adegan lucah untuk melariskan drama: "Sebagai penerbit, saya malu dan tak pernah 'menjual' adegan lucah mahupun seks untuk melariskan drama terbitan syarikat kami,".[5]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
|
1980-an | |
---|
1990-an | |
---|
2000-an | |
---|
2010-an | |
---|
2020-an | |
---|
1Slot yang ditamatkan. |