Amukan Pocong |
---|
Genre | |
---|
Ditulis oleh | Sofia J. Rhyland |
---|
Pengarah | Aidilfitri Md. Yunos |
---|
Dibintangi oleh | |
---|
Lagu pembukaan | "Mungkin Ada Lagi" oleh Han |
---|
Lagu penutup | "Mungkin Ada Lagi" oleh Han |
---|
Negara asal | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Bilangan episod | 13 |
---|
|
Penerbit eksekutif | Adli Bakri Shaary |
---|
Penerbit | Nor Aliah Lee |
---|
Penyunting |
- Johan Bahar
- Fazidi Rosli
- Hafiz Che Noh
|
---|
Lokasi | |
---|
Sinematografi | Nazir Ahmad |
---|
Tempoh siaran | 39–40 minit |
---|
Syarikat penerbitan | Padi Pictures |
---|
|
Saluran asal | TV3 |
---|
Format gambar | 480i (SDTV) |
---|
Format audio | Stereo |
---|
Siaran asal | 15 Mac 2012 – 7 Jun 2012 |
---|
|
Mengikuti | Santau Merasuk |
---|
Diikuti oleh | Waris |
---|
Amukan Pocong ialah sebuah siri drama televisyen seram ghaib Malaysia 2012 dibintangi oleh Azhan Rani, Ezany Nizariff, Iqram Dinzly dan Elly Mazlein. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Seram TV3 dari 15 Mac 2012 hingga 7 Jun 2012 menggantikan Santau Merasuk.[1][2]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]
Sinopsis
Mengisahkan Long Husin, seorang kaki judi dan dua orang rakannya yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenangi pertaruhan terbesar termasuklah menjalankan upacara ilmu hitam selepas berjumpa dengan bomoh Siam.
Malangnya, Long Husin tidak menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti mereka akibat perbuatan terkutuk itu. Walaupun berjaya mendapat habuan besar pertaruhan, namun, tindakan mereka juga telah ‘membangkitkan’ pocong yang kini berkeliaran ganas dan menuntut darah 13 gadis sunti seperti yang telah janjikan sebelum ini. Siapakah yang bakal menjadi mangsa amukan si pocong dan siapa pula yang berjaya menumpaskan kuasa ilmu hitam ini?
Pelakon
Utama
Pembantu
Penampilan khas
Penerbitan
Menurut pengarah drama ini, Aidilfitri Md Yunos, Amukan Pocong tidak hanya menampilkan unsur hantu, namun masalah ketagihan judi yang mengakibatkan kehilangan wang simpanan yang menjurus kepada kegiatan jenayah serius. "Kami berharap drama ini sedikit sebanyak dapat menimbulkan kesedaran dan memberi amaran kepada penonton tentang bahaya dan kesan negatif kerana judi boleh memusnahkan kehidupan dalam sekelip mata jika tidak berhati-hati. Malah, drama ini juga menceritakan kisah hantu pocong yang selama ini dianggap makhluk itu suka melompat sedangkan ia sebenarnya berguling".[4]
Rujukan
|
---|
|
1980-an | |
---|
1990-an | |
---|
2000-an | |
---|
2010-an | |
---|
2020-an | |
---|
1Slot yang ditamatkan. |