Keliwon ialah sebuah siri himpunan cerita rakyat seram TV Malaysia yang ditayangkan dalam slot drama Seram TV3 pada awal tahun 2009. Ini merupakan drama seram pertama yang diarahkan oleh Pengarah Rashid Sibir sepanjang kerjayanya.[1][2] [3].Drama Bersiri Keliwon pada musim pertama ditayangkan dalam 13 Episod dan boleh di tonton melalui penstriman di dalam talian digital iaitu di Aplikasi Tonton.
Drama sebegini bukan berniat untuk menakutkan orang tetapi ini adalah untuk mengajar penonton mengelakkan diri daripada tertipu atau mempercayai ajaran-ajaran tahyul.Cerita-cerita sebegini membangkitkan nostalgia kepada generasi lama dan membuka mata generasi muda.Dengan jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami setiap episod juga turut menyelitkan unsur-unsur panduan dan dijadikan pengajaran.
Senarai Episod
- Sungai Puaka
- Pulut Kuning
- Darah Lantera
- Santau
- Saka Harimau
- Tiang Seri
- Hantu Kopek
- Mak Andam Cantik
- Rasuk
- Puja
- Pontianak
- Anak Belaan
- Puaka Kain Kapan
- Syiling Puaka
- Saka Cincin
- Minyak Dagu
- Tasik Pauh Janggi
- Tikar Mengkuang
- Pelesit
- Bidan Jembalang
- Puteri Lidah Hitam
- Hantu Geweh
- Hantu Kubur
- Laut Hitam
- Hantu Tak Berkepala
- Keranda Terbang
Penerbitan
Kelainan Keliwon adalah sebagai himpunan beraneka cerita hantu yang menyiarkan satu cerita berbeza setiap episod, berbeza dengan drama slot Seram lain yang berbentuk satu cerita dalam berbilang episod. Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pn Nurul Aini Abu Bakar, " "Ini merupakan percubaan pertama TV3 bagi membawa kelainan dengan menampilkan pelbagai cerita dalam slot seram ini."[1][2] Tajuk Keliwon berasal dari nama satu hari dalam kitaran Pasaran lima hari dalam kalendar Jawa, yang mana adalah dipercayai bahawa makhluk halus akan muncul untuk merayau dan mengacau orang ramai ketika Keliwon bertindih dengan hari Jumaat.
Rujukan
Pautan luar