Muaz Fitri |
---|
Kelahiran | Muaz Aidil Fitri bin Maslan (1990-04-26) 26 April 1990 (umur 34)
|
---|
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
---|
Pekerjaan | Pelakon, model |
---|
Tahun aktif | 2007, 2011–kini |
---|
Muaz Aidil Fitri Maslan (lahir 26 April 1990) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Antara kredit lakonannya ialah Misiku Kuza, Baby Ana Milik Siapa? dan Pesan Pada Hati, namun lebih dikenali menerusi drama Takdir Yang Tertulis.[1][2]
Kerjaya
Muaz memulakan kerjaya lakonan pada 2007 dengan membintangi pementasan teater Siti Di Alam Fantasi yang berlangsung di Istana Budaya, ketika itu beliau baru berusia 16 tahun, namun meninggalkan bidang lakonan buat seketika kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajarannya di sekolah. Pada tahun 2013, beliau membintangi drama pertama lakonannya, Misiku Kuza, kemudian diikuti oleh Baby Ana Milik Siapa? pada 2014. Sejak itu, beliau terus bergiat aktif membintangi beberapa drama termasuk Seharum Kasih (2017), Aurora Aisyah (2019) dan Cari Aku Di Syurga (2019–2020). Kejayaannya hadir pada 2021 apabila beliau melakonkan watak Hakim dalam drama Takdir Yang Tertulis lakonan bersama Nazim Othman, Alvin Chong, Nad Zainal dan Elvina Mohamad.[3][4][5] Beliau bakal muncul dengan filem pertama lakonannya, Inflakasta yang sedang menjalani penggambaran.
Kehidupan peribadi
Muaz bertunang dengan pengurusnya, Qaseh Anita pada 12 Julai 2022 selepas 4 tahun bercinta.[6]
Filemografi
Kunci
|
Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan
|
Filem
Tahun
|
Tajuk
|
Peranan
|
Catatan
|
TBA
|
Inflakasta
|
|
Pos-produksi
|
Drama
Telefilem
Tahun
|
Tajuk
|
Peranan
|
Saluran TV
|
Catatan
|
2019
|
Dosa Semalam
|
|
TV3
|
|
Teater
Tahun
|
Tajuk
|
2007
|
Siti Di Alam Fantasi
|
Rujukan
Pautan luar