Persekutuan Hoki Antarabangsa (Fédération Internationale de Hockey sur Gazon, atau FIH) adalah organisasi sukan antarabangsa untuk sukanhoki, atau juga dikenali dengan nama hoki padang di sesetengah negara.
FIH telah ditubuhkan pada 7 Januari1924 di Paris oleh Paul Léautey yang juga sebagai presiden pertama sebagai tindak balas kepada penyingkiran sukan hoki daripada program Sukan Olimpik 1924. Ketika itu, hanya tujuh negara yang terlibat dalam mengasaskan badan sukan antarabangsa tersebut. Tujuh negara itu adalah Austria, Belgium, Czechoslovakia, Perancis, Hungary, Sepanyol dan Switzerland. Kemudian FIH berkembang untuk mendapat ramai keahlian dan mencapai pengiktirafan antarabangsa. Pada tahun 1982, FIH bergabung dengan IFWHA (Persekutuan Hoki Wanita Antarabangsa), yang telah diasaskan pada tahun 1927 oleh Australia, Denmark, England, Ireland, Scotland, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan Wales.
FIH terdiri daripada lima persatuan kebenuaan dan 127 ahli persatuan, di dalam kerjasama untuk mempromosi dan membangunkan sukan berkenaan. Secara geografinya, terdapat 17 dari Afrika, 30 dari Asia, 45 dari Eropah, 9 dari Oceania dan 26 dari Benua Amerika.
Selaras dengan hoki sebagai salah satu sukan yang dimainkan di Sukan Olimpik, terdapat pelbagai kejohanan yang telah dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa. Antaranya ialah:
Kedua-dua kejohanan ini dianjurkan setiap tahun di dua lokasi yang berbeza di mana kejohanan Piala Sultan Azlan Shah berlangsung di Ipoh dan kejohanan Piala Sultan Johor dianjurkan di Johor Bahru.
Anugerah
Seperti bola sepak, terdapat dua anugerah hoki yang diberikan secara tahun dari 1998, lelaki dan wanita. Dari 2001, dua anugerah lagi diperkenalkan untuk para pemain hoki junior (under-21) bagi lelaki dan wanita, dinamakan Lelaki Remaja dan Wanita Remaja.
Ranking dunia digunakan untuk menilai kekuatan sesebuah pasukan hoki untuk kejohanan hoki antarabangsa. Kutipan mata dipungut berdasarkan kedudukan pasukan yang bertanding di dalam sesebuah kejohanan.
Senarai di bawah merupakan kejohanan-kejohanan yang terlibat di dalam pengiraan mata:
Sukan Olimpik
Piala Dunia
Trofi Juara-Juara
Cabaran Juara-Juara I
Cabaran Juara-Juara II
Liga Dunia
Kejohanan Benua
Jika kejohanan utama mempunyai satu pertandingan kelayakan, keputusannya nanti akan digunakan di dalam menentukan kedudukan:
25 peratus dari jumlah mata di dalam tahun satu
50 peratus dari jumlah mata di dalam tahun dua
75 peratus dari jumlah mata di dalam tahun tiga
100 peratus dari jumlah mata di dalam tahun empat
Kejohanan kebenuaan akan berdasarkan kepada kedudukan akhir
Bagi kejohanan untuk setiap benua, oleh kerana zon Asia, zon Eropah dan zon Oceania mempunyai piawaian pertandingan yang lebih tinggi serta saingan yang lebih kompetetif, mereka dianugerahkan 500 mata bagi tempat pertama berbanding zon Afrika dan zon Amerika yang mana hanya kedua-dua benua ini hanya dianugerahkan 375 mata bagi tempat pertama.