Hoki Piala Dunia Remaja merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa untuk pemain yang berusia di bawah 21 tahun sebelum pertandingan pada tahun tersebut.[1]
Ia bertujuan untuk merancakkan lagi program pembangunan sukan hoki di seluruh dunia.
Pertandingan ini mula dianjurkan pada 1979 dan bermula 1985, ia dianjurkan empat tahun sekali.[2]
Format
Hoki Piala Dunia Remaja mempunyai perlawanan untuk pusingan kelayakan dan pusingan akhir. Hanya enam belas pasukan terbaik sahaja yang bermain di pusingan terakhir.
Kelayakan
Setiap pasukan harus melepasi pusingan kelayakan sebelum layak ke pusingan akhir Hoki Piala Dunia Remaja. Setiap benua akan diberi sekurang-kurangnya dua slot untuk layak ke pusingan akhir berdasarkan kejohanan benua dan selebihnya akan ditentukan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa.