Pasar Borong Makanan Laut Huanan (Bahasa Cina; 武汉华南海鲜批发市场 Jawi: ڤاسر بوروڠ ماكنن لاوت ووهن)[1][2] ialah pasar makanan haiwan dan laut yang terletak di Daerah Jianghan, Wuhan, wilayah Hubei, China. Pasar ini mendapat perhatian media selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia diberitahu pada 31 Disember 2019 mengenai sejenis wabak radang paru-paru di Wuhan. Dari awal permulaan kepada wabak jangkitan ini, seramai 41 orang yang dimasukkan ke hospital dengan kes berkaitan radang paru-paru, yang kemudian telah dikenalpasti sebagai mempunyai jangkitan nCov-2019 yang disahkan oleh makmal pada 2 Januari 2020, dua pertiga telah terdedah kepada pasar Huanan. Pasar ini sebelum itu ditutup pada 1 Januari 2020.[3][4][5][6] 33 daripada 585 spesimen haiwan diambil dari pasar ini menunjukkan bukti virus 2019-nCoV.[7]
Kemudahan dan operasi
Pasar itu menduduki lebih dari keluasan 50,000 meter persegi dan lebih 1,000 penyewa,[8][9] dan terletak dalam jarak beberapa blok dari stesen kereta api Hankou. Ia adalah pasar borong makanan laut terbesar di Wuhan dan China Tengah.[10][11]
Pasar ini telah dilaporkan mempunyai keadaan yang "tidak bersih".[12] Lorong-lorong di pasar sempit dan gerai-gerai berdekatan, dengan stok makanan berdekatan dengan yang dah mati. Adalah perkara biasa untuk melihat haiwan mati yang kulitnya terbuka.[13]
Benda dijual
Walaupun Pasar Huanan dikenali sebagai pasar makanan laut,[14] ia terutama terkenal dengan jualan daging haiwan liar (ye wei) yang kebanyakannya haram serta haiwan eksotik lain kerana permintaan untuk haiwan itu untuk pemakanan.[8][14] Sebuah imej yang telah diedarkan di Internet menunjukkan senarai harga dari perniagaan di pasaran yang menyenaraikan harga untuk 112 item termasuk beberapa haiwan liar.[2][15]
Menurut laporan media, barang-barang yang dijual di pasaran termasuk:
^Dalam senarai harga yang diedarkan, benda yang digambarkan sebagai "koala" adalah "树熊" (harfiah: 'beruang pokok') (secara harfiahnya "tree bear"), yang mungkin sebaliknya merujuk kepada sejenis memerang. Koala tidak dijumpai di China kecuali dalam tawanan di zoo.
^"华南海鲜批发市场西区有十几家贩卖野味的商户". cb.com.cn (dalam bahasa Cina). 22 Januari 2020. Dicapai pada 24 Januari 2020.
^"武汉人一年至少吃掉15亿元海鲜 "生吃的"最受欢迎". news.foodmate.net (dalam bahasa Cina). 17 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-25. Dicapai pada 24 Januari 2020.