Pandemik COVID-19 di Slovakia ialah pandemik sedunia berasal dari penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang disebabkan oleh koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Virus tersebut disahkan menular ke Slovakia pada 6 Mac 2020 semasa Perdana MenteriPeter Pellegrini mengumumkan bahawa seorang lelaki berumur 52 tahun telah dijangkiti.[1] Mangsa tidak memiliki sejarah perjalanan ke manapun namun anak lelakinya memiliki sejarah perjalanan ke Venice, Itali, dan anaknya disyaki menjadi orang Slovakia pertama yang kemudian disahkan positif. Tiga kes kemudian disahkan, termasuk anak dan isteri mangsa.[2]