Pandemik COVID-19 yang terjadi hampir di seluruh dunia menjadi masalah utama di dunia dan juga merupakan krisis kesihatan bagi umat manusia. Dalam sektor pendidikan, pandemik itu memberikan kesan yang sangat banyak seperti kebanyakan sekolah di dunia ditutup untuk menghentikan penyebaran COVID-19. Beberapa negara telah menutup sekolah dan menyebabkan sekurang-kurangnya 290,5 juta pelajar di seluruh dunia mengalami gangguan aktiviti pembelajaran kerana sekolah ditutup oleh kerajaan.
Kesan dari pandemik COVID-19 menyebabkan kerajaan melaksanakan program pembelajaran dalam talian. Pembelajaran dalam talian merupakan pembelajaran yang berdasarkan pada teknologi media digital yang bahan pelajarannya dihantar secara elektronik atau dalam bentuk fail kepada pelajar dari jarak jauh menggunakan rangkaian internet dengan media komputer. Menurut kerajaan pembelajaran dalam talian dinilai merupakan cara yang paling berkesan dan cekap untuk melakukan pembelajaran ditengah pandemik saat ini.[1][2][3][4][5][4][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17]