Wuhan (Hanzi: 武漢 (tradisional), 武汉 (ringkas)) ialah bandar yang terletak di provinsi Hubei dan merupakan bandar raya terbesar di China Tengah serta ibu kota provinsi Hubei.
Sungai Yangtze dan Sungai Han mengalir ke dalam bandar, dan terdapat tiga daerah di Wuhan: Wuchang, Hankou, dan Hanyang. Kawasan air sungai merupakan satu perempat daripada keluasan bandar Wuhan ini.
Penamaan
Nama Wuhan berasal daripada nama dua buah petempatan utama yang membentuk bandar ini. Perkataan "Wu" berasal daripada petempatan Wuchang (Hanzi: 武昌) yang terletak di kawasan selatan Sungai Yangtze manakala perkataan "Han" berasal daripada petempatan Hankou (Hanzi: 汉口) yang terletak di kawasan utara sungai itu. Nama Wuhan mula digunakan secara rasmi pada 1 Januari 1927.[5]
Hankou dan Wuchang wujud sejak era akhir Dinasti Ming sudah menjadi bandaraya yang tersusun pembangunannya. Pada akhir Dinasti Qing dan era awal Republik Rakyat China, Wuhan muncul sebagai bandar raya terbesar di China, serta bandar raya yang paling maju dan makmur daripada segi ekonomi. Ini kerana bandaraya ini terletak di sepanjang pantai Yangtze, dan pusat pengangkutan jalan raya dan kereta api di samping mempunyai pembangunan perindustrian yang pesat. Revolusi Wuhan berlaku di bandar raya ini pada tahun 1911.
Pada tahun 1927, Kerajaan Pusat pada waktu itu memindahkan ibu negara ke Wuhan, dan buat pertama kalinya mencantumkan Wuchang, Hankou, dan Hanyang kepada satu daerah besar yang bernama Jingzhao.
Ketika banjir China pada 1931, Wuhan dijadikan sebagai tempat perlindungan sementara bagi mangsa-mangsa banjir yang muncul sejak lewat musim bunga. Namun begitu, bandar Wuhan sendiri mula dibanjiri air apabila memasuki musim panas, dan peristiwa ban pecah pada 27 Julai menyebabkan hampir 800 ribu orang kehilangan tempat tinggal, manakala bandar Wuhan tenggelam selama hampir tiga bulan.[6] Pada Julai 1954, kawasan Hubei mengalami sebuah lagi banjir pada skala besar-besaran akibat Sungai Yangtze yang melimpah melebihi paras biasa disebabkan oleh musim hujan yang begitu lama pada musim bunga sebelumnya.
Insiden Wuhan, sebuah rusuhan awam berlaku pada Julai 1967 akibat pertelingkahan dua puak yang ingin mendapatkan kawalan terhadap pentadibiran bandar, dan berlaku pada kemuncak Revolusi Kebudayaan.[7]
Pada 3 Julai 2010, Wuhan mengalami gelombang panas yang berlaku di kawasan Hemisfera Utara secara amnya.[8] Keitka banjir selatan China 2010, Sungai Han di Wuhan mengalami banjir yang terburuk sejak 20 tahun lalu.[9] Wuhan sekali lagi mengalami banjir pada tahun berikutnya. Sebuah lagi banjir besar berlaku di Wuhan pada Julai 2016, menyebakan sekurang-kurangnya 14 orang mangsa terkorban, dan lebih daripada 80 ribu orang penduduk dipindahkan.[10]
Pada Disember 2019, Wuhan menjadi pusat permulaan sebuah wabak koronavirus jenis baharu, sejenis virus seperti SARS.[11] Wabak ini dipercayai oleh beberapa pihak bermula dari sebuah pasar laut di Wuhan, Pasar Borong Makanan Laut Huanan.[12] Pada Januari 2020, bandar Wuhan dikurung oleh pihak kerajaan China untuk memperlahankan wabak tersebut. Tindakan ini menyebabkan sistem pengangkutan awam bandar tergantung.[13]
Geografi
Wuhan terletak di kawasan pertengahan timur Hubei, yakni di kuala Sungai Han yang mengalir ke Sungai Yangtze. Keluasan Wuhan ialah sebanyak 8,494.41 kilometer persegi, kebanyakannya ialah tanah pamah dengan bukit dan tasik yang banyak seperti Tasik Timur dan Tasik Tangxun. Gunung Yunwu di barat laut Wuhan ialah gunung tertinggi di Wuhan dengan ketinggian mencecah 709 meter atas paras laut.[14]
Iklim
Wuhan memiliki iklim subtropika lembap, dengan jumlah taburan hujan yang banyak serta memiliki empat musim yang ketara. Bandar ini memiliki musim panas yang lembap serta bersuhu tinggi.[15][16]
Data iklim untuk Wuhan (1981–2010, ekstrem 1951–kini)
Wuhan adalah salah satu daripada 15 bandar subwilayah di seluruh negara China, dengan 13 daerah di bawah pentadbirannya, di mana 7 daerah pusat bandar dan 6 daerah kawasan baharu.
Selain itu, terdapat 1 Zon berteknologi tinggi baharu (hi-tech) peringkat kebangsaan, 2 Zon Ekonomi dan Teknologi peringkat kebangsaan, 1 kawasan pelancongan dan 1 pelabuhan baharu yang diuruskan secara langsung oleh Kerajaan Bandaraya Wuhan:
Pelabuhan Baharu Wuhan (pemerintahan dihantar oleh kerajaan Provinsi Hubei dan pengurusan di bawah Wuhan)
Demografi
Wuhan ialah bandar dengan jumlah penduduk terbanyak di provinsi Hubei, serta salah satu bandar terbesar di China daripada segi jumlah penduduk.
Agama
Menurut sebuah tinjauan pada 2017, 79.2% penduduk Wuhan adalah tidak beragama atau mengamalkan keagamaan tradisional Cina; 0.9% daripada peratusan ini mengamalkan Taoisme. Selain itu, dalam kalangan penduduk Wuhan, 14.7% penduduk adalah beragama Buddha, 2.9% pula menuruti Protestan, 0.3% menuruti Kristian Katolik, 1.6% beragama Islam dan selebihnya menuruti agama-agama yang tidak dinyatakan secara khusus.[24]
Pengangkutan udara Wuhan dikawal oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe yang dibuka pada April 1995 bagi menggantikan lapangan-lapangan terbang Hankou Wangjiadun dan Nanhu.[25][26] Selain itu, terdapat juga Lapangan Terbang Perbandaran Hannan, lapangan terbang terbesar China yang hanya menyeliakan penerbangan awam. Kini, sebuah lagi lapangan terbang, Lapangan Terbang Perbandaran Caidian, sedang dibina sejak Disember 2017.[27]
Pendidikan
Wuhan berada dalam tempat ketiga dalam kalangan bandar-bandar China berkenaan dengan perkembangan bidang sains dan teknologi.[28] Setakat 2017, terdapat 1,391 buah tadika dengan 302 ribu orang kanak-kanak berdaftar, 968 buah sekolah demgan jumlah pelajar sebanyak kira-kira 851 ribu orang, 105 buah sekolah teknik dan 84 buah institut pengajian tinggi dengan kira-kira 1.075 juta orang pelajar. Selain itu, terdapat beberapa buah sekolah antarabangsa di Wuhan.[29]
Universiti-universiti utama Wuhan termasuklah Universiti Sains dan Teknologi Huazhong (HUST) dan Universiti Wuhan; kedua-dua universiti menerima galakan daripada Projek 985, suatu galakan oleh kerajaan China bagi mendorong kemajuan institut pengajian tinggi China. HUST mengendalikan salah satu makmal kebangsaan China.
Rujukan
^"Archived copy" 武汉市信息公开. Diarkibkan daripada yang asal pada April 6, 2018. Dicapai pada April 5, 2018. 2017年2月19日,在武汉市第十四届人民代表大会第一次会议上当选为武汉市政府市长。code: zh is deprecated CS1 maint: archived copy as title (link)
^"Archived copy" 武汉市历史沿革. XZQH.org (dalam bahasa Cina). 行政区划网站xzqh.org. Ogos 6, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 11, 2017. Dicapai pada April 6, 2018. 1927年1月1日,中央临时联席会议宣布,国民政府在汉口开始办公。国民政府命令将武昌、汉口、汉阳三镇合为京兆区,定名"武汉",作为临时首都。4月16日,武汉市政委员会成立,武昌市政厅撤销;三镇首次统一行政建制。code: zh is deprecated CS1 maint: archived copy as title (link)
^Thomas W. Robinson (1971). "The Wuhan Incident: Local Strife and Provincial Rebellion During the Cultural Revolution". The China Quarterly (47): 413–18. JSTOR652320.
^"Archived copy" 在武汉——武汉最高峰云雾山. Baidu Baijiahao. Diarkibkan daripada yang asal pada April 9, 2018. Dicapai pada November 30, 2018. 云雾山地处黄陂区西北部,{...},主峰海拔709米,属武汉市最高峰。code: zh is deprecated CS1 maint: archived copy as title (link)
^Wunderground Archives (Januari 9, 2008). "Temperatures in Wuhan". Wunderground. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 21, 2007. Dicapai pada Januari 9, 2008.
^为什么重庆、武汉、南京有"三大火炉"之称? (dalam bahasa Cina). Guangzhou Popular Science News Net (广州科普资讯网code: zh is deprecated ). 2007-09-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada 2014-11-12.
^"王忠林任湖北省委委员、常委和武汉市委书记". 新华网. 2020-02-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-20. Dicapai pada 2020-02-13. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
^"武汉市委书记空缺两个月后 换市长了". 新京报. 2018-05-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 2018-07-15. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
^"张曙当选武汉市监察委员会主任". 长江日报. 2018-01-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 2018-07-15. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
^Han, Junqiang; Meng, Yingying; Xu, Chengcheng; Qin, Siqi (2017). "Urban Residents' Religious Beliefs and Influencing Factors on Christianity in Wuhan, China". Religions. 8 (244). doi:10.3390/rel8110244. p. 4.
^1995年4月15日武汉天河机场投入营运. 荆楚网. April 17, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada November 7, 2017. Dicapai pada Jun 30, 2011.